Tuesday, 24 October 2017

PERSEPSI

PERSEPSI
________________________________________
Jika kau pandang ianya dosa;
Maka ianya adalah dosa bagimu.
Tetapi mereka melihatnya sebagai pahala..
Jika kau pandang ianya pahala;
Maka ianya adalah pahala bagimu.
Tetapi mereka melihatnya sebagai dosa..
_________________________________________
Jika kau melihat dunia ini taman syurga;
Maka kau akan mendapatkan syurga.
Tetapi ada orang menganggapnya neraka..
Jika kau melihat dunia ini jurang neraka;
Maka kau akan mendapatkan neraka.
Tetapi ada orang menganggapnya syurga..
________________________________________
Pada akhirnya...
Kita melihat apa yang
kita hendak lihat..
Dan kita menganggap apa
yang hendak kita anggap..
_____________
Ya. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment