PERSEMBAHAN DARI SYURGA
Cinta merenggut ibadahku
dan mencurahiku ribuan lagu.
dan mencurahiku ribuan lagu.
Aku mencuba untuk tetap berzikir
La haula wala quwwata illa billah,
tapi tak kuasa dan juga tak bisa.
La haula wala quwwata illa billah,
tapi tak kuasa dan juga tak bisa.
Mau tak mau aku pun menari dan menyanyi,
sementara aku pendiam dan terkendali.
Tapi siapa sanggup terus diam-terkendali
tatkala badai mengumbang-ambingkan diri?
sementara aku pendiam dan terkendali.
Tapi siapa sanggup terus diam-terkendali
tatkala badai mengumbang-ambingkan diri?
Sebuah gunung menjaga gema dalam dirinya.
Demikian pula aku, yang menahan suaraku
Jauh di sudut dan benak pedalaman jiwaku.
Demikian pula aku, yang menahan suaraku
Jauh di sudut dan benak pedalaman jiwaku.
Seperti kayu terhempas ke dalam api-Mu,
aku hangus terbakar terus menjadi abu.
aku hangus terbakar terus menjadi abu.
Aku menjadi kosong saat menyaksikan-Mu.
Kekosongan ini begitu syahdu,
memupus habis keberadaanku,
Tapi ketika kekosongan itu datang,
Keberadaan memekarkan ribuan kembang.
Kekosongan ini begitu syahdu,
memupus habis keberadaanku,
Tapi ketika kekosongan itu datang,
Keberadaan memekarkan ribuan kembang.
Dunia bagai seorang buta di bawah langit biru
yang bersimpuh dan bersenang di tepi jalan.
Siapa pun yang menyaksikan kekosonganmu,
akan menjumpai sesuatu di sebalik biru
dan ketenangan orang buta itu.
yang bersimpuh dan bersenang di tepi jalan.
Siapa pun yang menyaksikan kekosonganmu,
akan menjumpai sesuatu di sebalik biru
dan ketenangan orang buta itu.
Ruh suci yang tersembunyi layaknya
Muhammad s.a.w. dan Isa a.s.
yang berjalan di sebuah kota
dan tak seorang pun mengenalinya.
Muhammad s.a.w. dan Isa a.s.
yang berjalan di sebuah kota
dan tak seorang pun mengenalinya.
Pujianku adalah penyerahan diriku
pada kekosongan dan ketiadaanku.
pada kekosongan dan ketiadaanku.
Ketika kau memuji matahari,
kau memuji matamu sendiri.
kau memuji matamu sendiri.
Kata-katamu bagai perahu di tengah lautan.
Biarlah perahu itu diayun gelombang,
berlayar di tengah-tengah keluasan,
Biarlah perahu itu diayun gelombang,
berlayar di tengah-tengah keluasan,
kerana gerak sejati adalah
gerak lautan itu sendiri.
gerak lautan itu sendiri.
Kenapa mesti berduka dalam kekosongan ini?
Kenapa mesti bersedih dalam mabuk panjang ini?
Kenapa mesti bersedih dalam mabuk panjang ini?
Bila mana kau mabuk Tuhan,
biarlah perasaan berdosamu hilang.
Rasakan ayunan lembut di sekitarmu,
dalam tarian mabukmu yang penuh indah.
biarlah perasaan berdosamu hilang.
Rasakan ayunan lembut di sekitarmu,
dalam tarian mabukmu yang penuh indah.
[ Maulana Syeikh Jalaluddin Rumi ]
No comments:
Post a Comment