KENAL DULU, BARU INGAT.
Jika kita hendak ingat kepada seseorang itu, perlulah agar kita mengenali dirinya terlebih dahulu.. bukan sekadar tahu apa namanya, atau di mana tempat tinggalnya..
Ingatan kepada sang kekasih hati yang kita sudah kenal selama 5 tahun, tidak sama dengan ingatan kepada wanita cantik yang kita lihat di jalanan selama 5 minit..
Jika kau mengatakan bahawa kau telah mengenalinya dalam tempoh yang singkat tersebut, itu hanyalah sekadar luaran ataupun kulitnya sahaja, bukanlah isinya..
Engkau mungkin bisa menyebut namanya, tetapi engkau tidak akan mampu untuk menceritakan mengenai perilakunya, kelembutan kulitnya, aroma tubuhnya, serta serak merdu suaranya, dan jiwanya ..
Jika engkau berusaha untuk menceritakan juga akan perihalnya, itu hanyalah tidak lain daripada khayalan dan persangkaan oleh akal dan fikiranmu semata-mata, dan itu bukanlah dia..
Oleh itu, wahai saudara-saudaraku.. marilah bersama-sama kita berusaha untuk mengenalNya, maka barulah sempurna akan ingatan serta amal ibadah kepadaNya.. kerana sememangnya tujuan utama kita hidup di dunia ini, adalah untuk mengenal akan diri Sang Pencipta yang Maha Segalanya.. amiin2
No comments:
Post a Comment