ILMU PENGETAHUAN ADA DI MANA-MANA
BUKAN DALAM KITAB SUCI SEMATA-MATA
BUKAN DALAM KITAB SUCI SEMATA-MATA
Empayar Abbasiyah, yang berpusat di Baghdad, menjadi salah satu peradaban yang paling berjaya di dunia pada masanya. Abbasiyah berjaya saat Eropah mengalami zaman kegelapan. Dan ilmu pengetahuan dari negeri Parsi inilah yang menginspirasi kemajuan Eropah kemudian harinya.
Kenapa Abbasiyah menjadi besar pada saat itu, salah satu jawapannya, adalah para intelektual mereka pada masa itu menterjemahkan secara ekstensif teks-teks Falsafah Yunani dan Falsafah India, kemudian mereka mengkajinya, dan menciptakan banyak karya ilmiah berdasarkan teks-teks terjemahan itu.
Pada masa itu, para penterjemah dibayar dengan emas dalam jumlah banyak oleh pihak pemerintah. Abbasiyah tidak hanya menginspirasikan teks-teks dalam tradisi Islam saja. Abbasiyah tidak mungkin berjaya tanpa adanya ajaran dan pengetahuan “import”.
Belajar daripada sejarah, kita tidak boleh menutup diri dari pengetahuan mana sekalipun. Ilmu adalah ilmu, hikmah adalah hikmah, yang boleh didapati dari mana sahaja dan dari sesiapa sahaja.
Mana yang bagus kita pakai, mana yang kurang bagus, kita buang. Kerana kemanusiaan itu satu. Tetapi perlu diingat, jangan sampai kita melupakan ajaran dan pengetahuan leluhur dan tradisi kita sendiri.
Nenek moyang kita tersangat banyak mengajari kita berkenaan tradisi dan adat resam. Bapaku berpesan kepadaku, bahawa aku harus membiarkan pintu hati terus terbuka.
Hatiku harus terbuka. Hidupku harus terbuka. Jalan kita harus terbuka. Sebuah jalan yang terbuka, tidak akan pernah sesat atau gagal.
No comments:
Post a Comment