Sunday, 22 October 2017
fb d
Manusia yang bijak ,ialah mereka yang kecil mulutnya ,yaitu mulut yang tidak pernah membicarakan hal hal yang tidak ada manfaat. Besar kepalanya, yaitu berakal bijaksana penuh dengan ilmu pengetahuan. Berhidung tinggi, yakni sentiasa menjaga maruah diri dan berwibawa. Mata yang kecil,yakni sentiasa memandang dan mencari kebenaran. Dahi yang luas, yakni sentiasa berfikiran terbuka dan suka mengkaji sesuatu agar menjadi ilmu bagi dirinya. Bertelinga besar,yakni sentiasa mendengar kebenaran. Mematahkan gigi taring , yaitu membuang segala api kebencian . Berperut buncit bukan kerana kenyang,yakni tidak pernah melayang keseronokan dunia. Berkepala botak,yakni tidak menginginkan pangkat ,darjat dan kepujian. Berkaki ayam,yakni tidak pernah ada kemegahan pada diri. Sentiasa berihram, yakni sentiasa tidak menampakan diri. Tikus sentiasa dibawah tapak kaki,yakni tidak pernah memuliakan nafsu. Ular menjadi ikat pingang, yakni sentiasa ikat segala kejahatan diri. Sentiasa membawa mangkuk kosong , yakni sentiasa lapar terhadap ilmu. Kertas sentiasa kosong,yakni tak pernah merasakan diri ada ilmu. Dakwat pena sentiasa kosong ,yakni selalu ingat ilmu Allah tak pernah ada penghujung. Sentiasa duduk diatas tanah , yakni sentiasa merendahkan diri dalam apa jua keadaan. Maka itulah ciri ciri manusia yang bijak lagi berilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment