Sunday, 22 October 2017

BERANI KERANA BENAR,


BERANI KERANA BENAR,
TAKUT KERANA SALAH.
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat berhujung minggu buat semua followers dan likers page Hakikat Insan yang dirahmati Allah sekalian.
Di sepanjang perjalanan meniti ilmu makrifatullah ini, kita tidak akan pernah terlepas daripada anak-anak panah fitnah serta tuduhan-tuduhan liar daripada 2 pihak. Mereka adalah;
1. Orang awam yang tidak pernah belajar walau secebis ilmu pun berkenaan mata pelajaran mengenal Allah ini. Apabila buat pertama kalinya mereka dengar, sudah tentulah ianya bercanggah sama sekali dengan kefahaman FEKAH @ SYARIAT yang mereka bawa sedari zaman sekolah rendah sehinggalah sekarang ini. Apalagi, mulalah keluar segala kata-kata cacian serta makian kepada si salik, walhal mereka lupa, bahawa ilmu fekah itu, amatlah menitik beratkan soal adab dan santun sesama kita.
2. Pihak penguasa atau badan autoriti yang kononnya bertindak sebagai POLIS AGAMA. Mereka mereka ini adalah terdiri daripada orang yang belajar agama, mempunyai sijil dan ijazah dari universiti-universiti terkemuka, bahkan ada yang bergelar sebagai ustaz selebriti serta memiliki pangkat PhD. Mereka adalah pihak yang mempunyai kepentingan atau BISNES di atas lesen AGAMA ISLAM. Dikuatiri, jika semua orang belajar berkenaan ilmu mengenal Allah ini, maka lingkuplah bisnes serta ceramah-ceramah agama yang menjadi sumber rezeki mereka sejak sekian lama.
Akan tetapi, usahlah kalian risau atau gentar. Kerana Allah Taala itu ada, bahkan Dia amat dekat dengan para kekasihNya. Apalah sangat dengan tuduhan SESAT dan KAFIR, jika dibandingkan dengan pengorbanan para wali Allah yang terdahulu, seperti Al Hallaj, Hamzah Fansuri, Siti Jenar, dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja disiksa, bahkan ada yang dihukum bunuh oleh pihak pemerintah di atas nasihat dari mufti syariat yang cetek akalnya lagi buta mata hatinya.
Usahlah kalian risau, sebagai followers page ini, kalian tidak bersalah, kerana jika ada apa-apa yang terjadi sekalipun, aku yang akan kena cekup dulu. JiaHaHaHaa ðŸ˜‚😂😂

No comments:

Post a Comment