SOALAN
ust. nak tnya. ada org tnya ana kalau lepas salam pertama kite kentut lepas tu kita bg salam kedua. adakah dikira batal?
Ana bgtau tak batal sebab salam pertama dah dikira sempurna solat. tapi dia kata ade ust lain pulok kabo batal solat sebab kembali kepada rukun.
Ana duk pening pasal batal dan kembali kepada rukun.. kut mana kembali kepada rukun tu ust?
JAWAPAN
1. Salam pertama adalah rukun solat , manakala salam kedua pula hukumnya adalah sunat.
Didalam kitab كفاية الأخيار juz.1 hlm.117 ada menyebut :
وتستحب التسليمة الثَّانِيَة .
Disunatkan memberi salam yang kedua.
2. Seorang yang berhadas setelah salam pertama sebelum salam kedua, solatnya sah dengan kesepakatan ulama.
Khatib Syarbini didalam kitab الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع juz.1 hlm.150 :
أما الْحَدث بَين التسليمتين فَلَا يضر لِأَن عرُوض الْمُفْسد بعد التَّحَلُّل من الْعِبَادَة لَا يُؤثر ...
Adapun berlaku hadas diantara dua salam maka ia tidak memberi mudharat ( maksudnya solat tetap sah ), kerana bahawasanya tidak memberi kesan datangnya perkara yang merosakkan ibadah setelah bertahallul dari ibadah tersebut.
Didalam kitab الفقه المنهجي juz.1 hlm.169 ada menyebut :
أما إن أحدث بعد التسليمة الأولى وقبل الثانية، فقد تمت صلاته صحيحة. وهذا محل إجماع عند جميع المسلمين..
Adapun jika berhadas setelah salam pertama dan sebelum salam kedua maka sesungguhnya telah sempurna solatnya secara sah , hal ini adalah hala yang berlaku kesepakatan disisi sekelian ( ulama ) muslimin.
3. Namun haram bagi seorang yang berhadas setelah salam pertama sebelum salam kedua, ia memberi salam yang kedua.
Didalam kitab حاشية الشبراملسي على نهاية المحتاج ada menyebut :
وَمِنْ ثَمَّ لَوْ أَحْدَثَ بَعْدَ الْأُولَى حَرُمَ الْإِتْيَانُ بِالثَّانِيَةِ ...
Kerana itulah sekiranya seorang berhadas setelah salam pertama maka haram ia mendatangkan salam kedua.
KESIMPULAN
Setelah salam pertama maka tidak ada lagi rukun solat, yang tinggal hanya salam kedua yang hukumnya adalah sunat.
Berhadas setelah salam pertama sebelum salam kedua ia tidak merosakkan solat yang telah sempurna rukunnya.
Haram bagi yang berhadas memberi salam yang kedua. Namun ia tidak membatalkan solat.
والله أعلم بالصواب
أبو أسامة محمد حنفية الشافعي الدمشقي
مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو
No comments:
Post a Comment