Thursday, 27 April 2017

Ws

Kehadapan Ayahnda TGHS yang dihormati, Ayahnda ayahnda, Tuan Guru Tuan Guru, Puan Guru Puan Guru, para para ustaz, para para ustazah serta semua para sahabat sahabatku baik lelaki mahu pun perempuan. Semoga semuanya sentiasa berada didalam rahmat Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan pada hari ini. Adanya saya pada kali ini adalah ingin berkongsi sedikit ilmu, untuk kita sama sama hayati. Baiklah. Mari kita sama sama ikut pelayaran ilmu ini..

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Allah dengan kita, adalah seumpama garam dengan masin, seumpama asap dengan api, seumpama bayang dengan tuan yang empunya bayang dan seumpama patung wayang kulit. Garam bukan masin tetapi tidak lain dari masin. Asap bukan api tetapi tidak lain dari api. Bayang bukan tuan tetapi tidak lain dari tuan yang empunya bayang, patung bukan Tok Dalang tetapi tidak lain dari Tok Dalang dan kita bukan Allah tetapi tidak lain dariNya. ALLAH ITU BUKAN SESUATU TETAPI ZAHIR PADA TIAP TIAP SESUATU. Cam baik baik kata yang sedikit itu.

Moga moga kata yang sedikit itu membawa pengertian yang teramat amat besar dalam dunia makrifat para guru guru terdahulu.

Yang dikatakan bayang, yang dikatakan bekas dan yang dikatakan wajah Allah pada diri kita itu adalah seumpama sifat melihat (basar) pada mata, sifat mendengar (sama') pada telinga, sifat kuasa (kudrat) pada tangan, sifat berdiri (qiam muhabinafsih) pada kaki, sifat berakal (ilmu) pada otak, sifat berkata kata (kalam) pada mulut, sifat ada (wujud) pada anggota jasad seluruhnya dan sifat hidup (hayat) pada nyawa atau roh kita. Itulah diantara wajah Allah pada diri kita.

Setakat ini dahulu catitan ringkas pada hari ini.

Akhir kata dari saya...
Oleh karena ilmu mengenal Allah dan ilmu mentauhidkan Allah itu, terdapat pelbagai kaedah dan pelbagai jalan, jadi apapun jalan, apapun kaedah atau apapun cara, itu hak masing masing, yang penting semuanya adalah bertujuan untuk mendatangkan kecintaan tauhid dan untuk mendatangkan kecintaan mengEsakan Allah swt. Asal sahaja jangan terkeluar dari akidah sunnah dan Al Quran.

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, kepada sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

Zaini Zakaria.
Klang, selangor.

C.C:
Ayahnda Tuan Guru Haji Shaari Bin Haji Mohd Yusuff, Generasi ketiga ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan.

Tg Aziz Al Kapari.

Tgm Yusmahadi.

Tg MegatSifakir

Al Fadhil Ustaz Haji Daud Norakit (LEEDS)

CC GROUP
Silaturrahim sahabat makrifat Tok Kenali

Ana Al Haqq

Mintakulburuj

Wujud.

No comments:

Post a Comment