TIADA YG LEBIH ANEH DRP AL WATSIQ
Ketika Al mutawakkil sedang duduk. Masuk lah Abdul Aziz bin Yahya Al kannani menemuinya Dan Beliau berkata. " Wahai amirulmukminin. Tiada yg lebih ANEH drp Al watsiq! Beliau membunuh ahmad bin nashr Al khuza'i yg sedang membaca Al Quran. ".
Mendengar perkara itu. Al mutawakkil gementar Dan Takut. Hati nya menjadi gelisah mendengar pembunuhan yg Di lakukan oleh saudaranya (Al watsiq).
Kemudian masuk pula Muhammad bin Abdul Malik az zayyat. Al mutawakkil berkata kpd nya. " Wahai Muhammad bin Abdul Malik. Sungguh hatiku ketakutan mendengar pembunuhan ahmad bin nashr!"
Muhammad menjawab " Wahai amirulmukminin Aku bersumpah berani Di bakar oleh Allah. Sesungguh Nya siapa pun yg Di bunuh oleh amirulmukminin Al watsiq Pasti org tersebut adalah kafir".
Perawi menyatakan bahawa setelah itu. Masuk lah hartsamah. Al mutawakkil berkata pula kpd nya. " Wahai hartsamah Hatiku merasa gelisah mendengar pembunuhan Muhammad bin nashr!"
Hartsamah menjawab " Wahai amirulmukminin. Aku bersumpah berani Di potong2 tubuhku. Sesungguh Nya siapa shj yg Di bunuh oleh amirulmukminin Al watsiq Pasti org tersebut adalah org kafir".
Terakhir sekali. Masuk lah ahmad bin abi daud. Kemudian Al mutawakkil berkata kpd Nya. " Wahai Ahmad. Sungguh hatiku sangat gelisah mendengar pembunuhan Muhammad bin nashr!"
Ahmad menjawab. " Wahai amirulmukminin. Aku berani menderita lumpuh. Bahawasanya Jika Al watsiq membunuh seseorang. Pasti org tersebut telah kafir".
Al mutawakkil meriwayatkan bahawa selepas itu. Az zayyat mendapat kutukan drp sumpah nya sehingga Beliau telah aku bakar dgn api. Sedangkan hartsamah Ia berhasil melarikan Diri Dan bersembunyi Di kabilah khuzaah TETAPI seorang lelaki mengenali dri nya.
Lelaki itu pun memberitahu penduduk khuzaah lalu berkata. " Wahai penduduk khuzaah. Ini lah org yg telah membunuh ahmad bin nashr. ".
Setelah mendengar perkara itu. Mereka pun mencincang tubuh hartsamah Sementara itu. Ahmad bin duad pula menderita penyakit lumpuh.
SEMUA itu akibat ucapan mereka yg berusaha menjilat Di hadapan penguasa Al mutawakkil.
( drp kitab at thabaqatul kubra. Juzuk 2. Hlm 53).
No comments:
Post a Comment