Sunday, 2 April 2017

Ws

Assalamualaikum semua.
Sekadar renungan bersama.

Kita melangkah karena adanya sifat hidup, kita bercakap karena adanya sifat hidup, kita mendengar karena adanya sifat hidup dan kita wujud ini, adalah karena adanya sifat hidup. Kita boleh membaca kitab, adalah karena adanya sifat hidup dan kita boleh tinggal dibumi Allah ini, adalah karena adanya sifat hidup. Kita boleh bersolat, berpuasa, bersedekah, berzikir dan yang membolehkan kita beramal ibadat itu, adalah karena adanya sifat hidup. Sifat hiduplah yang menghidupkan kita. Jadi marilah kita pada hari ini, benar benar mentauhidkan Allah dengan sebenar benar bertauhid. Iaitu dengan menyerahkan hidup kita ini kepada YANG MAHA HIDUP. Suka Dialah nak mencorakkan kita apa!. Nak buat apa, nak perlakukan apa, nak menetapkan apa atas kita, suka hati Dialah (kita ini hak Dia).

Kita ini tidak ubah seumpama ayam didalam reban. Selaku tuan, suka hati Dialah nak sembelih yang mana satu. Samada nak sembelih yang jantan ke, yang betina ke, nak sembelih yang kurus ke, yang gemuk ke, nak sembelih yang besar ke yang kecil ke, suka hati tuanyalah (suka hati Dialah). Nak jual ke, nak buat bibit ke, nak kasi kepada orang ke, nak lepaskan ke atau nak  kurung dalam reban ke, suka hati Dialah. Selaku ayam, kita tidak ada hak keatas kita (KITA TIDAK ADA HAK KEATAS KITA). Inilah baru dikatakan tauhid dan inilah baru dikatakan berserah diri kepada Allah, iaitu dengan mengahadkan Allah dengan SEBENAR BENAR AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD, AHAD....................

Akhir kata dari saya.....
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada para sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah dan terima kasih semua diatas segala perkongsian ilmunya disini.

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA
KLANG, SELANGOR.

No comments:

Post a Comment