Sunday, 2 April 2017

Ws

Ceramah Al Alim Al Allamah Dr. Khaleel Elias Hfzh secara langsung dari Amman, Jordan berkisar tentang sebahagian dari perkara2 berikut:

1. Ilmu itu sama ada menjadi pembela yg akan membawa kita kepada matlamat sebenar atau menjadi pendakwa kita pada hari kiamat nanti yang akan menyebabkan kesengsaraan kita pada hari kiamat nanti.

2. Ilmu itu bukanlah matlamat utama didalam kehidupan ini, akan tetapi sebagai wasilah atau penghubung yang akan membawa kita kepada matlamat yang jauh lebih hebat dan tinggi. Ilmu hanyalah menjadi matlamat dipermulaan perjalanan kehidupan ini, kemudian bertukar sebagai wasilah untuk mencapai matlamat sebenar daripada penciptaan kita iaitu untuk mencapai keredhaan Allah dan seterusnya berjaya masuk kedalam syurga Allah Azwj.

3. Golongan Arifin Billah menyatakan bahawa mencapai kedudukan dengan mendapat redha Allah itu lebih tinggi berbanding memperoleh syurga.

4. Kita semua hamba2 Allah tidak kira apa jua latar belakang pendidikan dan ilmu berlumba2 untuk mendapatkan redha Allah didalam kehidupan ini. Bukan hanya sekadar untuk mendapatkan ilmu kerana ada orang di kurniakan ilmu, akan tetapi Allah sesatkannya diatas ilmunya itu.

5. Kesemua ahli ilmu dalam apa jua bidang ilmu sekalipun, ia amat memerlukan ilmu bagaimana untuk bermuamalah dengan Allah swt.

6. Tanda2 Ahli syurga itu ialah orang yang memiliki adab yang tinggi, manakala tanda2 ahli neraka itu ialah mereka yang buruk sikap dan perangainya.

7. Adab itu merupakan buah daripada buah2 atau hasil daripada hasil2 ilmu.

8. Mereka yg menuntut ilmu tetapi tidak memiliki adab adalah seperti pohon yg tidak berbuah.

9. Memiliki adab adalah lebih sukar daripada memiliki ilmu kerana perlu bermujahadah dengan lebih kuat  drpd menuntut ilmu.

10. Menuntut ilmu kadang2 bukan lagi mujahadah akan tetapi syahwat bagi sesetengah orang kerana mempunyai sikap ingin berada dihadapan, masyhur, mengatasi org2 jahil dan sebagainya.

11. Mujahadah dalam menuntut ilmu hanya sekadar melawan sikap lemah dan malas. Yang mana sikap ini tiada pada orang yang menyintai ilmu. Nabi saw mengajar kita memohon perlindungan dari 2 sifat ini, lemah dan malas.

12. Sekadar mana ilmu itu diperolehi melalui pembelajaran, maka adab itu akan diperolehi sebanyak mana ia mengamalkan adab2 yang mulia dalam kehidupannya.

13. Dalam Hadis Jibril a.s bukan hanya sekadar mengajar kita apa itu Iman, Islam, Ihsan dan tanda2 hari kiamat, akan tetapi mengajar kita semua bagaimanakah ilmu itu dituntut yakni adab menuntut ilmu.

14. Tujuan kita beradab ialah untuk mencapai adab dengan Allah swt. Golongan yang paling utama mengamalkan adab ini ialah ahli ilmu.
Hanyasanya yg takutkan Allah itu hanyalah dari kalangan hambanya yang ulamak.
Allah hanya menerima amalan daripada golongan yang bertaqwa.

15. Amalan tidak diterima melainkan daripada golongan yang bertaqwa.

16. Kita mempelajari ilmu dan menghafalnya tetapi kita tidak memiliki Nur Ilmu yang dapat dijadikan panduan untuk kita berjalan dengannya atas muka bumi ini.

17. Mengapa kita diberikan ilmu oleh Allah sedang kita tidak mampu membezakan yang halal dan yang haram. Masih keliru dan samar2 tentang soal halal dan haram. Sedangkan orang yang beriman lagi bertaqwa itu berada diatas "basiroh" pandangan yang terang lagi jelas. Ini menunjukkan ada kecacatan didalam kita menimba ilmu pengetahuan.

18. Sekalipun kita mempelajari ilmu bahawa sifat ujub itu haram, akan tetapi kita tidak mampu melawan hawa nafsu dari menangkis sifat ujub tersebut.

19. Kisah Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Al Ghazali yang sanggup meninggalkan Baghdad yg menjadi pusat tamadun Ilmu yang tinggi. Ketika mana Al Imam Al Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi di dunia dan ilmu agama. Apakah yang menyebabkan beliau meninggalkan kota Baghdad di waktu malam yg pekat dengan meninggalkan segala keagungan dan kehebatan dibelakangnya. Ini kerana beliau merasa kekurangan dalam hubungannya atau muamalahnya dengan Allah Azwj. Oleh kerana beliau adalah seorng yang benar didalam perhubungannya dengan Allah. Maka beliau tidak mahu terlewat atau terlepas,  lalu ia keluar berhijrah mencari redha Allah.

20. Sungguh mengaibkan bagi ahli ilmu yang membaca sirah ini, akan tetapi tidak mengukur dirinya sendiri dan membaca adab2 ini akan tetapi tidak memperbaiki hubungannya dengan Allah.

21. Adalah amat mengaibkan apabila kita membaca hadis bahawa para malaikat menghamparkan sayapnya kepada penuntut2 ilmu kerana tawadhuk mereka kepada penuntut ilmu, sedangkan kita penuntut ilmu dalam masa yang sama melakukan maksiat dalam dan kita boleh berbangga pula bahawa malaikat yang maksum ini tawadhuk kpd kita yang berdosa. Sepatutnya kita penuntut2 ilmu menjauhi segala dosa agar kita dimuliakan oleh para malaikat.

No comments:

Post a Comment