Saturday, 1 April 2017

Ws

*RESPON AUDIO PERTAMA*

[3/30, 6:55 PM] Habib Boyie: Senyap je ek org da tolong tanye kan mursyid tadi
[3/30, 6:56 PM] Habib Boyie: Xde terima kasih pun eeemmmmπŸ˜”πŸ˜žπŸ˜€

[3/30, 7:02 PM] πŸ›‘⚔πŸ›‘Jalan Para Wali®:  wah banyaknya!! 😱
Syukran!!! alhamdulullah ..
Nanti malam akak dengar ya ... tgh mlm nanti baru akak downloud Habib ..


Terima kasih bebanyak Habib .. Alhamdulillah cepatnya dia jawab .. πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ‘πŸ»


... tgh mlm kang akak respond balik lepas dengar ... in sya Allah aamiin aamiin .. ☀πŸ™πŸ»☀


*Respon Balas Tujuh Audio di Atas :*

Bismillah :

Audio Pertama : Apa yang beliau nyatakan pada audio di atas adalah BENAR. Cuma kurang mendetail atas sebab ruang masa perbicaraannya agak terhad.

Namun akak detailkan lagi haraian beliau agar boleh di fahami oleh setiap orang yang membaca.

Adalah benar sebagaimana yang beliau nyatakan, Allah SWT meliputi segala sesuatu yang ada pada alam maya ini.

Komponen utama pada alam maya "ciptaan" Allah SWT ini termasuklah :

01) Ruang pada alam.
02) Masa pada alam.
03) Waktu pada alam.
04) Tempat pada alam.
05) Perkataan & huruf.
06) Makhluk hidup.
07) Makhluk mati : benda.
08) Alam Nyata.
09) Alam Ghaib.
10) Makhluk Nyata.
11) Makhluk Ghaib.
12) Dan Sebagainya.

TETAPI semua yang dinyatakan pada LIST di atas ini, ia disebutkan dalam kategori "MUHADDAS" ataupun "MAKHLUK BAHARU" ..

Makhluk Baharu : membawa erti semua di atas ini adalah "Benda-Benda" NYATA dan GHAIB yang  diciptakan oleh Allah SWT dari TIADA kepada "ADA".

Berbeza dengan DIRI Dzat Allah SWT. DIA TELAH SEDIA ADA sebelum semua yang saya LIST DI ATAS INI "ADA".

"ADA" nya Allah TIADA PERMULAAN dan Allah juga TIDAK DICIPTAKAN oleh sebarang TUHAN lain SEBELUM Allah SWT.

Hanya ada satu TUHAN sahaja pada alam maya ini iaitu TUHAN yang bernama Allah.

 Tidak ADA sebarang TUHAN TUHAN "Lain" SELAIN daripada Allah SWT kecuali Allah sahaja yang layak memegang Status TUHAN pada alam maya ini.

Itulah yang disebutkan Allah itu TUHAN yang QADIM. Iaitu DIA Tiada PERMULAAN dan Tidak juga DIA DICIPTAKAN oleh Lain TUHAN. Allah lah Satu Satu TUHAN yang ada.

Tuhan membawa erti : MAHA PENCIPTA tetapi TIDAK DICIPTAKAN.

Berbalik pada Jawapan Pertama pada Audio di atas.

Bahawa Allah yang Qadim telah Wujud dan *"Sedia Ada" sebelum "TEMPAT, RUANG DAN WAKTU/MASA DICIPTAKAN.*

Maka Allah itu HIDUP _pada Masa Sebelum Masa Dan Tempat sebelum Tempat Tercipita @ Time Before Time_ ..

Maka Allah itu HIDUP dengan Tampa Memerlukan "TEMPAT & RUANG" yang mana HIDUP dan WUJUDnya Allah dengan tampa bergantung kepada memerlukan "Tempat" dan "Ruang" ..

Allah itu HIDUP dan WUJUD PADA "SAAT INI" pada STATUS DIA *tidak bergantung kepada 12 Hal Perkara yang saya nyatakan pada LIST di atas ini.*

Arasy Allah Bukanlah "TEMPAT" ALLAH MENDIAMI DZAT-NYA. Atas sebab ARASY itu "ditempatkan" oleh Allah pada suatu "tempat" di dalam Ruang Waktu pada alam maya ini, sedangkan di dalam pengajian awal kita tadi telah kita fahami bahawa HIDUP-Nya Dzat Allah itu tidak memerlukan "Ruang" dan "Tempat" kerana Dzat Allah lebih Besar dari ruang alam maya yang diciptakan ini.

*BETAPA BESAR-NYA DZAT ALLAH.*
Jika alam maya dan ruang penjuru alam ini sebesar titik ini πŸ‘‰πŸ» ⚫ .. tetapi Dzat Allah itu besarnya titik ini πŸ‘‰πŸ»⚫ di darapkan dengan Berbelion-belion lebih besar dari titik hitam alam maya ini, maka adalah Mustahil Allah "menempatkan" Diri di atas Arasy yang bertempat di dalam ruang titik hitam ini? πŸ‘‰πŸ»⚫

Maka Arasy itu bukanlah tempat Allah "berada" .. tetapi Allah Ciptakan Arasy pada ruang di dalam alam ini adalah sebagai "Suatu Tempat" (Microphone INTERCOM @ Publik Phone) untuk Dia berkomunikasi dengan Para Malaikat Malaikat di ruang Langit .. Di Arasy lah tempat mereka berkomunikasi dengan Allah.

Pada Arasy itulah terdapatnya Publik Phone Allah bagi memudahkan para malaikat di langit berbicara dengan Allah, sedangkan Dzat Allah tidaklah Kecil untuk ditempatkan pada Arasy-Nya.

Jawapan bagi soalan Pertama di atas adalah :

Jawapan Tepat Soalan Pertama :
Telah di jawab oleh Para Aulia di zaman Salaf @ Umat Salafussoleh tentang Di Mana Allah Saat Ini yang telah di jawab oleh seorang Wali Allah :

_"Janganlah kamu katakan bahawa Allah itu ada di mana mana. Tetapi katakanlah bahawa Allah itu Berada Di Mana Dia Berada pada "saat ini Ia Berada. Sesungguhnya Allah itu pada "Saat ini" berada di mana Dia telah BERADA pada masa DAHULU (Sebelum alam tercipta). Dan di manakah Dia BERADA pada masa DAHULU (?) iaitu di mana IA BERADA pada "SAAT INI" (Statik Tidak Berpindah pindah Dzat-Nya). Dan di manakah Allah BERADA pada "Saat Ini" dan pada masa "Dahulu" (?) *JAWAPAN SEBENARNYA ; HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG "MENGETAHUI" DI MANA DIA "BERADA" PADA SAAT INI DAN PADA MASA DAHULU. Apa yang harus kamu ketahuinya adalah bahawa pada DZAT Allah SWT tu TIDAK BERGANTUNG DAN TIDAK TERTAKLUK PADA "RUANG MASA" .. SAMA ADA "DULU" DAN "SEKARANG, ALLAH TAALA ITU TETAP BERADA DI MANA DIA BERADA PADA "SAAT INI" .. TIDAK BERPINDAH PINDAH KERANA ALLAH HIDUP DAN WUJUD BUKAN BERGANTUNG PADA RUANG ALAM YANG KITA DIAMI INI TAPI ALLAH MAHA BESAR MELIPUTI SEGALA SESUATU YANG ADA. HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUI TENTANG KEBERADAAN DIRI-NYA. YANG WAJIB KAMU KETAHUI CUMA SATU SAHAJA ; DIA WUJUD DAN MAHA HIDUP WALAUPUN KAMU TIDAK MELIHATNYA TAPI DIA SENTIASA MELIHAT KAMU DAN AKAN YANG KAMU "BACA INI DAN APA YANG KAMU "RASA" SAAT INI, DIAPUN "MERASA" APA APA YANG KAMU "RASA" - ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA".*_

*☘JAWAPAN AUDIO PERTAMA :☘*
➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰
Jika ada orang bertanya tentang di mana Allah pada "saat ini?"

.. Maka jawablah dengan jawapan yang bersesuaian dengan orang orang yang bertanya itu ..

Sesungguhnya seorang yang Arifbilah itu (Arif perihal Ketuhanan Allah Taala), mereka tidaklah sesekali akan bertanyakan hal hal yang telah *"mereka mengetahuinya" ..* kecuali mereka sekadar ingin menguji semata pada *maqam kefahaman tentang Allah SWT* dari diri golongan para Ahlillah (Ahli Ketuhanan).

Menguji dengan soalan bukan bermakna ingin merendahkannya, atau dengan tujuan 'menyukat ilmunya' (ini adalah akhlak yang tidak baik bagi seorang ahlilah). Tetapi soalan/jawapan itu dengan tujuan sama sama ingin berkongsi ilmu Allah : saling melengkapi sesama ahlillah. Tidak timbung soal siapa yang lebih bijak di sini. Ilmu Allah harus dikongsikan sesama ahli-Nya.

Seorang Ahlilah itu tidak sepatutnya menjawab soalan yang diajukan oleh golongan Arifbillah, atas kerana sama sama telah mengetahui jawapan di mana Allah SWT "Berada" pada "saat ini" .. :)

Tidaklah dinamakan Ahlillah atau Arifbillah sekiranya seseorang itu Tidak Mengetahui jawapan ; _"Di Mana Allah Saat ini?"_ kan? :)

Sebaliknya dia harus bertanya kembali *soalan yang sama* yang diajukan kepadanya lalu diajukan kembali kepada golongan Arifbillah tersebut supaya Pengetahuannya "Tentang Allah" akan lebih bertambah dari sebelumnya.

Di dalam dunia Tasawwuf, tidak wujud sikap : _Siapa lebih tahu (Riyak ilmu)_ @ _"Siapa lebih bijak" (Ujub Ilmu Allah) tetapi semua ahli Tasawwuf akan bersikap _"Saling Mencari Tahu" (Percambahan ilmu ilmu Allah)_

*ILMU ADAB DIHADAPAN SEORANG GURU ILMU ALLAH*

Fahami kembali Soalan "Tersirat" Pertama di atas tadi?

*"Jika ada seorang ARIFBILLAH yang lain bertanyakan kepada seorang AHLILAH tentang _"Di Manakah Allah Taala Berada pada "Saat ini?"_ Maka apakah yang akan diberitahu si AHLILLAH ini kepada ARIFBILLAH tersebut?"*
➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰
Jawapan Soalan Pertama di atas adalah :

Setiap seorang Ahlilah _(Ahli Ketuhanan pada maqam KHAWAS)_ wajib mengetahui status maqam dirinya sendiri (ahlilah) *pada saat di hadapan seorang ARIFBILLAH (Guru) yang jauh lebih tinggi maqamnya dari maqam seorang Ahlillah (Salik/Pencari Allah).*

Seorang Ahlillah (ahli Ketuhanan) maqamnya di dudukan Allah pada maqam KHAWAS (Salik Mutabi yang Baru Berjalan) ..

Sedang maqam seorang ARIFBILLAH itu di dudukkan Allah SWT pada maqam KHAWAS AL-KHAWAS yang jauh lebih TINGGI dari maqam dirinya seorang KHAWAS yang rendah yang masih dalam 'perjalanan' mencari Allah.

Pada saat seorang Ahlillah berdiri dihadapan seorang Arifbillah, Statusnya pada saat itu adalah bagaikan *seumpama seorang Murid di hadapan seorang Guru Mursyid.*

Soalan yang diajukan oleh sang Guru Mursyid itu haruslah tidak dijawab bagi menjaga adab Kesufian. Tetapi soalan tersebut hendaklah dipulangkan dan *diajukan kembali kepada Sang Arifbillah yang lebih mengetahui daripada dirinya.*

Memanglah telah menjadi Tradisi Kewalian dan Kerasulan, sang Guru Mursyid *akan bertanyakan soalan yang telah ia sediakan jawapannya bagi diajarinya kembali kepada orang yang ia pertanyakan soalan tersebut.*

*SUNNAH DALAM ADAB MENUNTUT ILMU*
Sama seperti Rasulullah SAW, saat ingin mengajarkan Jibril perihal Nur (Roh) Muhammad SAW, Rasulullah bertanyakan *soalan* tentang usia Jibril A.S. Lalu Jibril  memberitahu bahawa usianya berjuta juta tahun lebih tua dari Baginda SAW. Sedangkan lalu baginda SAW memberitahu bahawa Diri Baginda SAW jauh lebih "Tua" berbillion billion Tahun sebelum Jibril A.S tercipta oleh Allah.

Baginda SAW ajukan soalan dengan telah disediakan jawapannya buat Jibril A.S.

Begitulah keadaannya pada saat seorang Arifbillah bertanyakan soalan kepada seorang Ahlilah.

Walaupun jawapannya adalah benar tetapi jawapan yang telah disediakan oleh si Arifbillah buat seorang Ahlillah adalah lebih tepat dan mendalam.

*ADAB ADAB SEBAGAI MURID TASAWWUF*
Saat Allah SWT bertanyakan sesuatu soalan kepada para malaikat .. Maka para malaikat akan menjawab ; _"Sesungguhnya Engkaulah yang LEBIH MENGETAHUINYA"._

Pada saat Rasulullah SAW bertanyakan sesuatu soalan Ghaib kepada pada Sahabat R.A, lalu dijawab oleh para Sahabat, _"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya LEBIH MENGETAHUINYA!"_

Maka begitulah pada saat seorang *Arifbillah (Khawas Al-Khawas)* bertanyakan sesuatu soalan kepada seorang *Ahlillah (Al-Khawas)* ..

.. Maka hendaklah dijawabnya bukan dengan "Jawapan" yang sedia diketahuinya _(yang ditanya dan penanya)_ tetapi sebaliknya hendaklah ia dijawab kembali dengan Soalan yang "sama" ; _*"Sesungguhnya Engkaulah yang Lebih MENGETAHUINYA, maka sudilah Engkau Mengajari Aku Tentang Soalan Soalan Yang Engkau telah sediakan Jawapannya Untukku! Ya Arifbillah, Ajarilah Aku Apa Apa Yang Belum Aku Ketahui Daripada-Nya Yang Telah Engkau Ketahui dan Perolehinya Daripada Allah! Sebaliknya Bukanlah Aku Yang Patut Menjadi Gurumu. Tapi Akulah Yang Sepatutnya Berguru Denganmu! Jadikanlah Ahlillah Seperti Diriku Ini Menjadi Arifbillah Seperti Dirimu Dengan Izin Allah!"*_
➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨➰πŸ‘‍πŸ—¨πŸ‘‍➰πŸ‘‍πŸ—¨➰
*Note* : Jawapan Bagi Soalan 2 Sampai ke 7 akan di jawab/respon pada bahagian lain in sya Allah (Masa tak mengizinkan untuk menulis panjang).

Sama sama mengambil Manfaat pada 7 audio penjelasan di atas. Rezeki ilmu Di Bulan Rejab - Aamiin. ☀πŸ™πŸ»☀

No comments:

Post a Comment