Saturday, 8 April 2017

Kalam

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
07.04.2017
20 Rejab 2438H


Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Waham tidak dapat meminpin dan membawa engkau kepada mendapat maani

Waham adalah berlawanan dengan hakikat dan ia adalah nafsu yg kurang yg mendorong berbuat pekerjaan yg bathil..

Tamak kepada manusia adalah kerana mengikut kepada segala waham yg bathil yg dusta dan bukan pada tempat tamak yg sebenar

Ahli hakikat beruzlah dan meletakkan himmah hanya pada Allah, bertawakal dan berpegang kepada Allah.. sesungguhnya telah gugur segala waham dan khayalan pada hati mereka..

Telah hilang segala sifat tamak dan bersifat mereka itu dgn sifat qanaah dan warak dari hati mereka itu dan  beroleh kehidupan yang baik dan diredhai Allah

Selagi ada tamak dlm hati selagi itulah tidak dapat hidup yg baik dan diredhai Allah...

Qanaah itu maqam yg besar daripada segala maqam al yaqin dan permulaan segala orang yg reda

Kata setengah orang Arif...
Tiada hamba itu seorang yg qanaah melainkan bila datang kepada mereka nikmat yg melimpah ruah didepan mereka nescaya berpaling mereka itu

Sabda Rasulullah saw..
Firman Allah . Kami hidupkan akan dia dengan kehidupan yang baik .. sabdanya iaitu qanaah

Engkau bebas merdeka daripada sesuatu yang engkau putuskan dan menjadi hamba kepada apa yang engkau tamak baginya

Apabila putus daripada sesuatu daripada hatinya nescaya merdeka dan kaya dirinya

Orang yang tamak itu hamba sedang kan org yg putus itu merdeka

Barangsiapa yang hatinya selesai daripada sesuatu maka jadilah merdeka.. barangsiapa yang tamak pada sesuatu Jadilah hamba sesuatu

Buang tamak dan berpakaian lah dengan qanaah dan warak... kata Syeikh

Merdeka itu putus dan bebas daripada segala sesuatu dan tidak tertakluk kepada sesuatu..

Kata Syeikh

Kata setengah meraka itu...
Bermula binasa agama itu dengan tamak dan baiknya agama dgn warak

Bahawasanya Allah menghantar lima perkara dalam lima tempat..

1. Kaya dalam qanaah..
Kaya hati tenang jiwa..
2. Mulia dalam taat..
3. Hina dalam maksiat..
4. Hikmah dalam bathin yg tlh sunyi.. bersih dan suci hati dgn zikir..
5. Hebat dalam berjaga mlm beribadah kepada Allah

Maqam Ubudiyyah dan maqam merdeka bagi hamba Allah apabila bebas merdeka daripada syahwatnya

Merdeka itu ada beberapa martabat..

1. Merdeka Orang awam daripada syahwatnya ..

2. Merdeka orang khas daripada kehendaknya.  Hilang dan fana kehendak nya dan ikut kehendak Allah..

3. Merdeka orang khawasul khawas daripada resam dan athar.. hilang segala gambar-gambar alam dlm hati dan fikiran..

Barangsiapa yang tamak kepada Allah dan putus daripada barang yang lain selain ALLAH maka jadilah hamba Allah yang merdeka

Haqiqat Ubudiyyah dan kesudahannya adalah faqir kepada ALLAH dan tidak berhajat kepada makhluk

Kata Syeikh Abu Hassan As Sazali apabila ditanya Orang..
Hai Sidi, mana sifat hamba..
Maka katanya. Seperti yang disifatkan Allah akan dia kepada hamba. Memiliki tapi tiada kuasa ia atas sesuatu

Hakikat hamba memiliki sesuatu tapi tak ada kuasa.
.

Usah lah bangga dan sombong diri kerana Allah berkuasa menarik balik apa yg diberi

Barangsiapa yang yg tiada kembali berhadap kepada Allah dengan segala kelembutan dan ihsan Allah nescaya ditarik kepada Allah dgn segala rantai bala, musibah dan tidak tercapai kehendaknya

Hikmah ditimpa ALLAH bala ujian dan musibah pada seseorang hamba-Nya yang dikehendaki itu adalah untuk mereka kembali kepada Allah

Segala nafsu yg baik itu berhadap kepada Allah kerana ihsan dan fadlu Nya dan segala nafsu yang jahat itu tidak kembali berhadap kepada Allah malainkan dgn bala dan cuba..


Ada dua golongan manusia yang berhadap kepada Allah..
1. Hamba yg berhadap kepada Allah dgn latif dan nikmat.. bila bertambah nikmat dan kebaikan bertambah 2 taatnya..

2. Tidak berhadap mereka melainkan dgn hilang bala dan beroleh nikmat..

Apa yang dikehendaki ALLAH rujuk hamba dgn kebaktian dan ditimpa bala..

Barangsiapa yang tidak syukur akan nikmat maka sanya mengerjakan bagi yg menghilangkan nikmat. Barangsiapa yang syukur ia maka bertambah nikmat

Bermula syukur itu suka hati pada yg memberi nikmat bukan pada nikmat

Kata Syeikh Junaid.. adalah aku kepada Syeikh Sirri dan aku pada masa itu umur tujuh tahun.. kata Syeikh hai budak.. apa itu Syukur? Maka kataku bahawa tiada derhaka akan ALLAH dengan sebab nikmat Nya.

Dikata setengah mereka itu..

Syukur itu 3 bahagi..
1. Syukur pada hati..pandang dgn hati bahawa nikmat itu dari Allah
2. Syukur pada lisan..puji bagi Allah
3. Syukur pada anggota

Kata Umar bin Abdul Aziz ra. Sebut kamu akan segala nikmat maka bahawa sanya menyebut2 akan nikmat itu Syukur

Sabda Rasulullah saw..
Barangsiapa yang tidak bersyukur akan yg sedikit nescaya tiada syukur akan yg byk. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur dgn manusia nescaya tiada syukur akan ALLAH

Sabda Rasulullah saw .
Syukur manusia itu bagi ALLAH, syukur mereka itu bagi manusia

Syukur pada anggota dengan menggunakan segala anggota kepada ketaatan dan kebaikan

Syukur itu memandang dan mengetahui dgn hati dan menyebut dengan lisan dan mengerjakan dengan segala anggota

Syukur berganda.. syukur kerana dapat syukur

Takut olehmu daripada sentiasa ihsan ALLAH kepadamu dan sentiasa kejahatan mu kepada Allah..

Firman ALLAH..

Lagi akan Kami lorongkan mereka itu daripada sekira2 tiada mengetahui mereka itu...

Istidraj pelorong dengan nikmat yg byk.. bertambah-tambah nikmat bertambah derhaka kepada Allah

Barangsiapa yg beroleh nikmat dan disangka nya ihsan Allah tapi bertambah derhaka dan lalai kepada Allah

Itulah istidraj

Kata Abu Abbas ibnu Atthoilah..
Manakala mendatangkan mereka kesalahan, maka kami datangkan nikmat dan kami lupakan mereka istighfar daripada segala kesalahannya

Kata Abu Al Qasim Al Qusyairi ra.. bermula istidraj itu berturut-turut nikmat dengan tiada takut fitnah...

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم..

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار...

آمين يا رب العالمين🌹

No comments:

Post a Comment