Sunday, 16 April 2017

Kalam

Membuka pandangan hati itu dengan mengekali zikrullah didalam hati
Menumpukan ingatan yg bertubi-tubi kepada Dzat Tuhan Yg Wajibul-Wujud
Memerhati segala gerak dan diam dengan  kehendak dan kekuasaan Allah

Tauhid itu tenggelam ia didalam lautan Keesaan dan Keagungan Allah, dan timbul kembali diatas Syariat Nabi Muhammad S.A.W

Semoga Allah memimpin kamu dan aku kepada jalan Makrifatullah yg sebenar
Katakanlah ALLAH!
Biarkanlah mereka itu bermain-main didalam kesesatan keakuan diri mereka
Orang-orang yg benar telah mendapat Allah, maka ia tidak berpaling lagi daripada Allah
Walaupun seluruh alam ini membantah dan mengingkarinya, ia tetap teguh berhadap kepada Dzat Allah
Tiada yg Wujud yg sebenarnya didalam alam ini melainkan Allah

Masing-masing daripada mereka itu minum pada tempat minuman masing-masing iaitu 12 matair Rabbaniyah
Para Arif meminum sumber matair Rabbaniyah
Sehingga mereka hilang dahaganya daripada selain Allah
Orang yg tidak mendapat Allah tidak akan hilang rasa dahaga tauhidnya selama-lama
Mereka hanya dapat melihat dalil-dalil pada alam umtuk mencapai Allah
Manakala para Arif mencapai Dzat Ilahiyah yg menunjuki alam ciptaanNya
Mereka telah mengenali Dzat Ilahiyah dengan pengenalan yg hakkul-yakin
Hilang segala syak dan waham
Mereka hidup bersama Dzat Ilahiyah
Ridha dan diridhai
Didalam syurga Makrifatullah
Memandang Wajah Yg Maha Esa
Berseri-seri wajah mereka itu kerana melihat Tuhan mereka
Semoga kita dapat menghidu bauan-bauan Rabbaniyah mereka itu

Orang yg Wasil tidak memandang lagi nikmat dan bala, kerana ia memandang Wajah Allah

Semua manusia fakir dengan Allah, sentiasa berhajat kepada Allah
Terkadang-kadang terhijab dengan diri sendiri
Melihat zahir kehidupan, terhijab dengan hakikat kehidupan

-  BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment