Sunday, 16 April 2017

Kalam k

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
14.04.2017
17 Rejab 1438H

Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Setengah daripada tanda jahil dan bodoh seseorang murid dgn diri dan Tuhannya adalah jahat adab. Apabila melakukan salah ditangguhkan balasan lalu dia berkata. Jikalau aku ada jahat adab pasti ALLAH putuskan Allah pertolongan dan dijauhkan Allah daripadaNya

Ini adalah diantara istidraj. Jahat adab seorang murid mewajibkan balasan tetapi balasannya adalah berbeza mengikut seseorang

Setengahnya disegerakan, ditangguhkan dan setengahnya dinyatakan dan disembunyikan. Balas yg dinyatakan itu dibalas dgn seksa bagi orang yg berdosa..

balasan yg tersembunyi itu balasan dgn hijab bagi orang yang jahat adab..

Setengah nya disegerakan, ditangguhkan dan setengahnya dinyatakan dan disembunyikan. Balas yg dinyatakan itu dibalas dgn seksa bagi orang yg berdosa..

balasan yg tersembunyi itu balasan dgn hijab bagi orang yang jahat adab..

Balasan dgn hijab tanpa sedar dan semakin jauh daripada ALLAH

Barangsiapa yang telah diputuskan Allah pertolongan dan dijauhkan daripada Allah itu adalah permulaan jatuh hijab pada seseorang murid

Apabila ditimpa ujian dan cubaan pada seseorang murid dan tiada ingat dan kembali ia kepada Allah, maka akan berpaling Allah darinya dan akan jatuh hijab pada hati
nya. Diganti jinaknya dgn liar, terang dgn kelam dan kembali kepada awalnya..

Apabila putus daripada pertolongan Allah maka kembali seperti awal datang

Alamat taufiq itu tiga perkara..

1. Dapat berbuat amal kebajikan walaupun tidak qasad dan berniat utk berbuat..

2. Berpaling daripada maksiat.. niat nak buat maksiat tapi tak jadi buat..

3. Terbuka pintu minta tolong dan berhajat kepada Allah dalam segala hal

Alamat hina tiga perkara..

1. Sukar berbuat taat dan mencela dlmnya..

2. Masuk maksiat walaupun sudah berusaha berpaling daripada nya..

3.tertutup pintu minta tolong kepada Allah dan meninggalkan doa dlm segala hal

Kata Abu Hafiz ra..
Bermula tasawwuf itu sekaliannya adab, bagi tiap-tiap waktu adab dan bagi tiap-tiap hal adab. Dan bagi tiap-tiap maqam adab.

Maka barangsiapa yang menetapkan adab kepada segala waktu maka sampailah ia kepada maqam Ar Rijal. (Wali).

Barangsiapa yang mensia-siakan adab maka jauhlah dan tertolak lah walaupun disangkanya dekat dan qabul

Dan kata Abdullah bin Khafif telah berkata Ruyim bagiku.. hai anakku jadikan olehmu akan amal garam dan adabmu tepung..

Tak boleh pisah amal dan adab..

Dan kata setengah mereka itu lazimkanlah olehmu akan adab pada zahir dan batin. Jahat adab pada lahir dan bathin akan dibalas seperti itu juga.

Dan kata Zunnun al masri ra.

Apabila keluar murid daripada had adab maka bahawasanya kembali ia pada sekira-kira datang pada mulanya...

Jahat adab murid akan jatuh dan balik tempat awal mari

Dan kata Nuri ra.
Barangsiapa yang tiada beradab bagi waktu maka waktunya binasa

Kata ibnu Al Mubarak ra..
Adalah kami sedikit daripada adab lebih kami berkehendak daripada amal yang banyak

Dan adab yang lazim bagi murid itu melengkapi pada zahirnya dan bathinnya .  Adab zahir itu mengikut adab bathin dan adab bathin itu iaitu berpakaian dengan segala yg membaiki perangai..

Tak ada teguran dalam payah nak baiki diri

Tersebut dalam Hadis, sabda Rasulullah saw .
Beradabkan Tuhan ku akan daku maka aku membaiki akan adabku maka menyuruh ia akan daku dengan membaiki perangai ..


maka Firman Nya. Kerjakan olehmu yang telah makruf dan berpaling olehmu daripada segala yg jahil...

dan adalah tiada hasil demikian itu melainkan dengan riadah dan mujahadah serta dgn taufiq dan inayah Allah

Kata ibnu Atha' ra..
Bermula nafsu itu diperangaikan dgn jahat adab dan hamba itu dituntut dgn dengan melazimkan adab.. maka kerana inilah  dituntut murid itu bersahabat dengan masyaikh dan beradab dengan adab-adab mereka itu dan mentaati atas segala suruhan dan meninggalkan segala tegahan..

Kata setengah mereka itu.
Bermula adab itu tersimpan atas lima perkara..

1. Memeliharakan hormat dengan menjunjung segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya..
Tetap fardhu dan tinggal yg haram

2. Meninggikan himmah dalam pekerjaan dunia dan akhirat

3. membaiki khidmat dengan melazimkan mengikut segala suruhan dan meninggalkan bidaah dan tabri (melepas diri) daripada haul dan quwwah...



4. Mempunyai azam yang kuat dalam memerangi hawa nafsu  dan syaitan.


5. Syukur atas segala nikmat dengan memandang Allah yg memberi nikmat..

Kena belajar feqah atau syariat utk selamat daripada tipudaya syaitan

Adalah jahil murid itu 3 perkara:

1. Terpedaya pada zahirnya dgn melihat keupayaan dan kebolehan nya..

2. Baik sangka pada dirinya sedangkan berubah-ubah

3 .Menolong kesalahan dgn membuka pintu takwil

Sayugia sekalian murid itu jangan meremehkan akan segala adab dan memudahkan yg demikian itu kerana itu adalah tanda jahil dan tidak makrifat.. maka apabila jatuh daripadanya hendaklah segera kembali taubat kepada Allah

Dan kata Syeikh Junaid ra.
terlebih seni yang terpedaya dgn dia segala wali akan segala karamah..

Kena ada ilham nasihat diri baru dapat baiki diri

Kena ada rasa sensitif dgn Tuhan barulah kita ada adab

Kata Ibrahim Adham..
Tiada diperoleh darjat orang soleh hingga melalui enam perkara..
1. Tertutup pintu nikmat terbuka pintu kesakitan..
2. Tertutup pintu mulia dan terbuka pintu hina..
3. Tertutup pintu kesenangan dan terbuka pintu kesusahan.
4. Tertutup pintu tidur terbuka pintu jaga.
5. Tertutup pintu kaya dan terbuka pintu faqir.
6. Tertutup pintu angan2 dan terbuka pintu ingat dan segera bagi mati

Kata Abu Sulaiman ra.

Meninggalkan syahwat daripada segala syahwat nafsu itu terlebih memberi manafaat bagi hati daripada puasa setahun dan mendirikan ibadah dalamnya

Kata sesetengah mereka itu..

Barangsiapa yang mencita2 sesuatu yg diharuskan ilmu padahal mengambil lazat nescaya dibalas dengan mensia-siakan umur dan keras hati dan lelah pada dunia

Kata Sulaiman ad darani ra..

Tiga perkara barangsiapa menuntut dia maka sanya cenderung ia kepada dunia iaitu menuntut rezeki atau perempuan atau menyurat hikayat

Sebesar-besar jahat adab murid itu bahawa cenderung ia kepada ahli dunia, hampir kepadanya dan bersahabat dengan ahli dunia

Imam Al Qusairy ..
Setengah hal murid itu menjauh daripada orang yang ahli dunia. Bersahabat dgn ahli dunia itu racun yang membunuh kerana mereka itu tidak memberi manafaat dan menjadi kurang amal dan lemah iman

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم..

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار

آمين يا رب العالمين🌹

No comments:

Post a Comment