Kuliah Jumaat Syeikh Abdullah Al-Majzub Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu 11.11.2016
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Kata Syeikh ra...
Terhapus segala tanda (gambaran atau lukisan) dan fana (hancur/lebur lenyap) segala ulum merupakan sebab tahkik ma'lumnya...
Maqam fana adalah setinggi2 martabat yang dicapai oleh sisalik...
Sentiasa berhadap kepada Allah dan berpaling terus daripada selain Allah
Hilang zikir kita datang zikir Allah.. maqam fana
Kena zikir sungguh2 hingga hilang diri dan sampai maqam fana
Fana ada dua.. fana karam dalam keagungan Allah..
Fana binasa sifat2 mazmumah
Apabila sudah tampak nyata matahari dilangit hati maka hilang lenyaplah segala resam dan ulum dan hancur binasalah semua sesuatu selain Allah
Kata Syeikh ra..
Sudah menjadi Sunnah Allah menyeru hamba2 Nya dengan diperluaskan rezekinya dan dikekalkan keafiatannya supaya mereka kembali kepada Nya dengan nikmatNya. Sedang jika mereka masih juga tidak kembali, maka dibalakan kepada mereka dengan dirasakan kesakitan dan kemudharatan. Mudah-mudahan mereka akan kembali kepada Nya kerana Allah sendiri mengkehendaki hamba Nya kembali kepada Nya samada dengan kemahuannya sendiri atau terpaksa
Kembali kepada Allah dalam nikmat atau cara terpaksa bila ditimpa bala
Jika dalam nikmat tidak dapat ingat dan kembali kepada Allah, Allah akan timpa bala ujian bagi menarik mereka kembali kepada Allah
Peringkat awal dakwah Rasulullah saw adalah dengan lemah lembut dan hujah yg mantap.. peringkat akhir dengan cara keras dan perang bagi membawa mereka kepada Allah
Dengan cara lembut masih degil akhirnya dengan kekerasan utk sedarkan mereka utk kembali kepada Allah
Tabib dan doktor yg pakar akan memberi ubat yg sesuai kepada pesakitnya.. jika tidak memberi kesan akan diberi ubat yg paling kuat dan keras bagi sembuhkan penyakit
Jgn terhenti kepada melihat gambaran alam saja daripada terus tembus memandang Allah.
Kata Syeikh ra.
Barangsiapa yang melihat pelbagai gambaran alam benda ini (akwan) dengan pandangan berkehendak dan berkeinginan (syahwat) nescaya dihalang daripada mengambil pengajaran padanya dan manafaat dengannya
Barangsiapa yang memandang kepada akwan dengan pandangan berkehendak dan syahwat maka ia tidak akan sampai kepada Allah
Pandanglah akwan dengan pandangan iktibar dan pengajaran yg boleh membawa kepada Allah
Akwan dan alam ini adalah tangga untuk sisalik menuju Allah
Ambillah iktibar dan pandanglah alam sehingga terbuka mata hati melihat kesempurnaan dan keagungan Allah
Bermujahadahlah bersungguh2 dalam memerhati dan berfikir tentang akwan dengan pandangan mata hati sehingga terbuka hijab
Orang yang mati yang masih melihat dengan amal dan ahwal... akan menjadi keluh kesah dan bertambah2 risau...
Sedangkan orang yang terbunuh syahid itu melihat kurniaan Allah dalam keadaan gembira dengan rahmat dan keampunannya
Orang yang memandang dan bergantung dan bersandar kepada amal dinamakan dengan orang mati.
Sedangkan sesiapa yg tidak memandang pada amalnya dan memandang Allah adalah orang yg penuh kasih sayang terhadap Allah..
Syeikh kita ketika baca ihdinassiro tol mustaqimm... datang dalam aqal .. jalan mu inilah jalan yang lurus
Sirot al Mustaqim itu ialah orang yang sudah tahkik kepada Allah
Iaitu orang menempatkan zahirnya dengan hukum faraq sedangkan batinnya dengan hukum jama.
Dinamakan sirot al Mustaqim itu kerana ia adalah pati dan yang lain adalah kulit semata2
Berusahalah bersungguh2 melepaskan dirimu daripada daya upaya mu kepada daya upaya Allah
Kata Syeikh ra...
Perkataan yang paling bermanfaat itu ialah perkataan yang terbit daripada musyahadah dengan Tuhannya atau perkhabaran yang lahir dan hudur hati bersama Allah
Kata Syeikh Ibnu Athaillah ra..
Nur cahaya para hukama mendahului perkataan mereka, kerana mereka tidak akan berkata malainkan dengan Allah bagi Allah dimana hati mereka menjadi terang benderang apabila nur cahaya itu terhasil, penerangan daripada nur itu pun akan sampai takbir perkataannya.
Kata Syeikh ra..
Zikir itu ialah sesuatu yang melenyapkan anda daripada diri anda lantaran syuhud kepada Nya. Zikir itu juga ialah syuhud hakikat dan padam segala makhluk
Setinggi2 martabat zikir itu adalah bila hilang lenyap dirimu dan tampak terang jelas pandangan kepada Allah
Bersungguh2 berzikir dan mengukir zikir la ila ha illallah dalam bumi hati dan siramilah dengan air sungai Muhammad Rasulullah nescaya akan sampai kepada Allah
Lazimkanlah diri anda sentiasa berdiam, beruzlah, berlapar dan berjaga malam nescaya hatimu menjadi lembut dan akan beroleh hasilnya..
Jauhilah dan takutilah daripada byk makan, tidur dan byk berkata2 kerana ia boleh mengeraskan hati..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يارب العالمين
وبالله التوفيق والهداية والله اعلم
والسلام
No comments:
Post a Comment