NAFI DAN ISBAT DI DALAM KALIMAH TAUHID
لااله الا الله
Terdiri daripada dua kalimah iaitu kalimah (لااله) yang disebut sebagai kalimah nafi..
Dan kalimah (الا الله) yang disebut dengan kalimah isbat..
Kita berbicara pecahan yang paling mudah, tak perlu kita masuk ke dalam pecahan yang susah-susah, cukup kita ambil tahu supaya senang kita hendak beramal dengannya..
Yang kita tahu ini jika tidak dilakukan tidak membawa erti apa-apa malah kita amat dimurkai oleh Allah kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan..
Tidak boleh membezakan di antara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakannya maka ianya kafir...
Maksudnya kita tidak boleh menafikan segala apa yang telah dipertuhankan oleh orang kafir dan mengisbatkan Allah..
Apa yang dipertuhankan itu bukan tuhan, tetapi yang dianggap tuhan oleh orang kafir, tidak perlu dinafikan lagi sebab yang dipertuhankan itu sebenarnya bukan tuhan...
Maksud kepada membezakan di antara nafi dan isbat ialah menafikan yang lain (contoh yang dipertuhankan oleh orang kafir) mengisbat yang lain pula iaitu Allah..
Ini maksudnya orang yang membezakan di antara nafi dan isbat..
Bagaimana pula cara yang tidak membezakan di antara nafi dan Isbat..
Apa yang hendak dinafikan dan apa yang hendak diisbatkan mestilah perkara yang sama bukan yang berbeza..
Yang hendak dinafikan dan diisbatkan di dalam kalimah tauhid ialah sifat-sifat ketuhanan..
Menafikan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri kita daripada diri kita dan yang ada pada makhluk lain daripada makhluk lain..
Mengisbatkan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita dan yang ada pada makhluk lain kepada Allah..
Dengan ini akan berlakulah seperti apa yang telah difirmankan oleh Allah;
34.Surah Saba' (Verse 27)
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
قُلْ أَرُونِيَ الَّذِينَ أَلْحَقْتُم بِهِ شُرَكَاءَۖ كَلَّاۚ بَلْ هُوَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Jika kita baca firman Allah seperti di atas, akan lahir ilmu atau pengetahuan bahawa segala sifat ketuhanan yang terlahir pada badan diri kita adalah merupakan sifat Allah. Pengetahuan yang diketahui ini belum lagi menunjukkan yang kita telah berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid kerana:
Allah telah berfirman tentang untuk menetapkan iktiqad tauhid...
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar."
Ini adalah huraian dari sudut ilmunya, kita baru tahu maksud nafi dan isbat; belum lagi melakukan nafi dan isbat tersebut...
Kita tahu tetapi belum lagi melakukan jalan dan cara untuk menetapkan nafi dan isbat tersebut: membawa makna kita belum lagi berpegang dengan kalimah tauhid yang telah diperkatakan...
Inilah keadaan yang telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti di dalam firmanNya;
61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"
61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Orang-orang yang bersikap memperkatakan tentang ilmunya sahaja tetapi tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan ini, adalah termasuk orang yang sedang bersangka-sangka dengan kebenaran ilmu yang telah diketahui dan diperkatakan...
Apa yang diperkatakan itu adalah benar berdasarkan kepada nilaian dari sudut ilmu pengetahuan, tetapi dari sudut amalan belum dilakukan lagi..
Inilah yang dikatakan sedang bersangka-sangka dan timbul anggapan bahawa ilmu yang telah diketahui itu yang dijadikan sebagai pegangan tanpa melakukan jalan dan cara untuk mengamalkan ilmu yang telah dketahui tersebut..
Yang diketahui itu sudah betul, persoalannya sudahkah mengamalkan sepertimana yang telah diketahui itu dan melakukan apa yang telah diperkatakan?
Jika kita memperkatakan tentang ilmu yang telah diketahui ini tanpa mengamalkan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu yang telah diketahui tersebut, inilah sikap yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya;
10.Surah Yūnus (Verse 36)
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
10.Surah Yūnus (Verse 66)
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
"Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta."
53.Surah An-Najm (Verse 28)
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
"Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)."
Jadi untuk kita semua tidak duduk di dalam keadaan bersangka-sangka kita mesti melakukan sepertimana yang telah diperkatakan berdasarkan kepada kebenaran ilmu tersebut...
Kita tidak boleh melakukan dengan cara sesuka hati dan mengikut kefahaman kita secara sendiri-sendiri tetapi mesti:
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH...
76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredhaan Allah (dengan iman dan taat)."
76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH YANG TERDAPAT DI DALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ

"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya."
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 7)
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada 'AhlulZikri' jika kamu tidak mengetahui."
Untuk melakukan Amalannya ada jalan dan cara tersendiri yang telah Allah berikan penjelasannya di dalam Al-Quran...
CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA;
5.Surah Al-Mā'idah (Verse 35)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan."
72.Surah Al-Jinn (Verse 11)
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."
78.Surah An-Naba' (Verse 39)
ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا
ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا
"Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya!"
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar."
Semoga beroleh kefahaman.. Amiin²

No comments:
Post a Comment