HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM
Dikisahkan bahawa pada suatu ketika, Zun Nun al Misri (Wali Allah) menyuruh seorang pemuda yang suka mengejek golongan sufi agar menggadaikan cincin ke pasar dengan harga satu dinar.. Ternyata, di pasar tidak ada seorang pun yang bersedia membayar satu dinar untuk cincin itu..
Si pemuda menyampaikan hal itu kepada Zun Nun, lalu beliau menyuruh pemuda itu pergi kepada ahli permata untuk menaksirkan harganya.. Ahli permata menyebut harga cincin itu ialah seribu dinar..
Akhirnya, Zun Nun berkata kepada pemuda itu, "Pengetahuanmu tentang sufi, samalah dengan pengetahuan orang-orang di pasar itu tentang harga cincin permata ini.. Sesungguhnya, engkau tidak mengetahui siapa Sufi itu sebenarnya.
No comments:
Post a Comment