Monday, 6 October 2014

saka


Bismillah...
Punca-Punca Saka & Salasilah
Saka Jelmaan – Diwujudkan oleh makhluk halus untuk setiap orang dari ahli keluarga yang sama yang seakan-akan sama dengan makhluk yang pertama untuk mengawal seluruh ahli keluarga. Saka jenis ini memang sukar untuk diputuskan jika dapat diputuskan maka seluruh ahli keluarga tersebut akan terlepas dari cengkamannya. Untuk memutuskannya terpaksa mencari dan berlawan dengan yang mengwujudkan jelmaan tersebut iaitu yang paling atas atau yang utama itu harus diputuskan.
Saka Keturunan – Iaitu makhluk halus atau khadam yang berada pada ahli keluarga seketurunan atau yang sekelompok dalam keluarga terlibat yang diperolehi dari keturunan keluarga yang terdahulu. Saka jenis ini akan berkaiatan diantara satu dengan yang lain yang berada didalam keluarga tersebut dan jumlahnya juga amat besar. Bila ia mengetahui ada usaha untuk pisahkan mereka ada diantaranya akan membuat tipu helah dengan pelbagai cara, termasuk mengwujudkan jelmaan supaya sukar untuk ditemui punca yang utama.
Saka Adat - Terdapat dalam ahli keluarga atau keturunan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan yang mengamalkan adat-adat tertentu yang menganggap ia mempunyai kelebihan tertentu yang dimiliki oleh keluarga tersebut. Saka jenis ini berupaya untuk bergabung dengan sepantas yang boleh sekiranya ia diganggu atau cuba untuk memutuskan dari mangsanya.
Saka jenis ini memang terkenal ganasnya dan suka menyerang balas terhadap siapa juga yang cuba untuk melepas dan memisahkan mereka daripada orang yang telah dicengkam oleh mereka dan mereka sukar untuk memberikan kerjasama untuk melepaskan pegangan mereka, kerana mereka tidak takut dan angkuh kerana beranggapan mereka ada ramai yang membantu mereka.
Jalur Dan Punca Saka (dalam keturunan keluarga) Pecahan kepada jalur dan punca saka terdiri daripada ketiga-tiga atau salah satu sumber yang tercatat diatas, yang terjadi dalam sesuatu keluarga yang dicengkam oleh makhluk halus samada syaitan dan jin termasuk jin islam yang berfungsi secara senyap dibelakang setiap ahli keluarga yang mempunyai pelbagai tujuan dan niat jahat mereka. Makhluk halus ini semuanya memiliki ilmu kebatinan dan berupaya mengubah rupa dan bentuk untuk pelbagai tujuan mereka semasa berada pada tubuh manusia tanpa mengira ianya samada islam dan bukan islam, bangsa dan keturunan.
Dari Datuk Dan Nenek Sebelah Bapa Atau Sebelah Ibu
Cucu Lelaki Sulong
Cucu Perempuan Sulong
Cucu Perempuan
Cucu Lelaki
Menantu Lelaki
Menantu Perempuan
Keluarga Angkat
Keluarga Tiri
Dari Sebelah Bapa Dan Ibu Kandung Dan Keluarga Mertua
Bapa Kandung
Ibu Kandung
Bapa Mertua
Ibu Mertua
Besan Lelaki
Besan Perempuan
Bapa Angkat
Ibu Angkat
Adik Beradik Tiri
Gangguan Saka Turut Berlaku

Saka jenis ini berupaya memperdayakan perawat dan boleh terjejas akidah hanya dengan kata-katanya dan mengarahkan perawat supaya mengikut kehendaknya yang boleh mensyirikkan Allah SWT, seperti "aku boleh lepaskan mereka dan engkau tak perlu bantu untuk merawat yang lain dalam keluarga ini, baru lah aku lepaskan mereka", sekiranya kita turut dan mendengar dan tunduk dengan kata-kata syaitan ini maka telah melakukan syirik TANPA sedar itu adalah tipu daya yang sangat halus mereka berupaya melakukannya terhadap manusia
Gangguan makhluk halus ini turut berlaku menganggu orang yang berhampiran dengan mereka, apabila saja bertemu makhluk halus ini sentiasa bertindak mencari peluang untuk mengkhianati mangsanya tanpa mengira tempat dan keadaan. Sekiranya pemilik kepada saka tersebut merasa benci terhadap jirannya maka dengan sendirinya makluk halus ini akan bertindak tanpa diarah oleh pemilik untuk megkhianati jiran tetangga tersebut, ada sebahagian daripadanya suka merasuk ketubuh jiran yang berdekatan tanpa disedari oleh pemiliknya.
Kerana makhluk halus ini dapat membaca gerak hati tuannya tanpa disuruh ia terus melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap mangsa-mangsanya. Memang secara umumnya kita tidak kelihatan akan terjadinya perkara tersebut tetapi berdasarkan apa yang diperolehi melalui pengalaman melakukan rawatan terhadap mangsa-mangsa sihir ini ia sememangnya berlaku. Bukan manusia sebagai tuannya yang melakukan tetapi makhluk halus yang ada pada tuan tersebut yang melakukan kejahatan tersebut bertujuan untuk memberikan kesakitan kepada tubuh badan mangsanya. Semua peralatan dan benda-benda yang berbisa dan racun-racun yang digunakan sentiasa berada dalam simpanan mereka dengan mudah mereka untuk mengambil dan mengunakannya, apabila diperlukan.
Ianya sama sahaja bagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan yang memiliki dampingan juga akan bertindak seperti saka-saka yang berdampingan dengan tuannya. Paling mudah diperolehi atau paling mudah terkena adalah apabila kita berkunjung atau mendapatkan rawatan daripada dukun-dukun, bomoh dan pawing kerana makhluk halus ini sangat ramai berdampingan dengan mereka. Ada diantaranya saka-saka ini juga bertindak sebagai perawata atau menjadi bidan dan tukang urut. Ketika mereka memberikan rawatan dalam masa yang sama dampingan mereka ini akan mengagih-agihkan makhluk halus supaya mengikuti mereka yang hadir bertujuan untuk meneruskan pengkhianatan terhadap mangsanya.
Ini sering berlaku dan tiada satu pun mangsanya menyedari akan kejadian seumpama ini, kerana kesan dan akibat daripada pengkhianatan ini akan muncul dan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang, kerana ianya untuk mengelirukan mangsa SERTA perawat yang cuba mencari tidak menemuinya dangan cepat. Sebaik-baiknya bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga elok dibersih dan dibuangkan semua saka-saka yang ada pada diri dan keluarga bagi mengelakkan keruntuhan rumah tangga dan berlakunya hasutan TANPA disedari akan berlaku kepada pasangan masing-masing, nanti disebabkan benda yang kecil menjadi besar hingga bergaduh sesama sendiri dan juga cepat naik marah akan berlaku.
Jiran - Contoh Saka jiran yang merasuk jiran belakang rumah
Sahabat
Besan Lelaki / Perempuan
Pasangan Baru Bertemu
Orang Yang Dibenci
Rakan Yang Sangat Rapat
Bomoh, Dukun, Pawang
Mandi Bunga - (perawat berkata "nanti atuk akan masuk") syaitan yang masuk
Menziarah rakan atau keluarga yang sakit (orang yang sakit semangatnya lemah)
Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak ilmu berguna dan bermanfaat kepada kita semua. Oleh itu, berhati-hatilah jika berjumpa bidan urut bersalin, bomoh, dukun atau pawang yang menurun dan memberi tangkal. Sebaiknya anda berjumpa para ulama' dan ustaz yang lebih arif tentang perawatan islam ini agar terpelihara dari melakukan kesilapan dan dosa tanpa disedari. Akhir kata, segala perkara dan ilmu yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala khilaf dan keburukan itu adalah datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Sampaikanlah kepada semua, agar kita semua beroleh syafaat dan manfaat dan dilindungi Allah S.W.T, In shaa Allah.. Sekian, terima kasih.
~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment