Monday, 20 October 2014

Renungan



Imam Al-Ghazali pernah berkata:

“Orang yang takbur ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan jika dia menegur orang lain, dia melakukannya dengan kasar.”

Selanjutnya, Imam Al-Ghazali juga telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur atau sombong, antaranya:

1. Apabila ditegur oleh orang yang muda, anggaplah orang yang muda itu lebih mulia kerana dia kurang dosa, sedangkan kita sudah kotor berlumuran dosa.

 2. Apabila kita berhadapan dengan teguran orang yang tua, anggaplah orang yang tua itu lebih mulia kerana dia lebih lama beribadah berbanding kita.

3. Ketika kita ditegur oleh orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi dia mengetahuinya.

4. Jika kita ditegur oleh yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika kita bertemu dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin sempat bertaubat dan memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kesudahan nasib kita.

6. Apabila ditegur oleh orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari dia memeluk Islam dan semua dosanya diampunkan Allah, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan sehingga saat ini.

Inilah masanya untuk kita sedar dan marilah sama – sama bermuhasabah. Adakah kita tergolong dalam kategori manusia yang angkuh, sombong, takbur dan langsung tidak mahu menerima sebarang nasihat?

Renung – renungkanlah dengan mata hati tanpa mengira siapapun diri kita, bagaimanakah perlakuan kita selama ini?

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Amin.

No comments:

Post a Comment