Apabila Raja Perancis Francois I menghantar utusan kepada Sultan Sulaiman Al Qanuni pada tahun 1524 bagi memohon bantuan menentang Maharaja Charles I dari Kerajaan Suci Rom, Sultan Sulaiman telah membalas surat tersebut pada 6 Februari 1526.
Di permulaan surat tersebut Sultan Sulaiman menyatakan bahawa dia adalah Khan dan Sultan kepada Laut Mediterranean, Laut Hitam, Anatolia, Karaman, Kurdistand, tanah bangsa Parsi, Damsyik, Mesri, Makkah dan Madinah, Baitulmaqdis dan kesemua tanah Arab, Yaman dan banyak negara yang lain tetapi beliau memanggil Raja Francois I sebagai gabenor Perancis dan bukan seorang Raja.
Ini merupakan satu penghinaan kepada Francois I kerana pangkatnya dengan sengaja telah direndahkan oleh Sultan Sulaiman tetapi oleh sebab umat Islam dibawah kekhalifahan Uthmaniyah ketika sangat kuat Raja Francois I terpaksa menerima penghinaan tersebut tanpa mampu membalasnya.
Begitulah kuatnya umat Islam di zaman itu ketika berada dibawah payung pemerintahan Khalifah. Sehinggakan musuh memohon bantuan dan apabila dihina sebegitu tidak pula berani melakukan apa - apa.
:- Potret Raja Francois I dan Sultan Sulaiman
No comments:
Post a Comment