Monday, 14 July 2014

renung

Islam kebanyakan pun sudah tak pegang Quran (yg baca ramai...yg laksanakan kurang)
Nasrani kebanyakan pun dah tak pegang injil (ada larangan dalam injil yg dah jadi carahidup)
Yahudi kebanyakan juga dah tak pegang taurat (kalau tak mereka pun tak berbunuh-bunuhan dengan Islam)
Semua taurat, injil dan quran ASALnya dari Allah yang sama dan Allah yang ESA. Baca artikel ini dan video yg dikepilkan...pada saya antara yahudi, nasrani kepada Islam seperti orang yang memggunakan window 95 tak mahu upgrade window XP dan window XP tak mahu upgrade Window 8. Tapi semua Window Bill Gates yang buat (ini analogi)
RECOMMENDED READING
BAGAIMANA NASRANI BOLEH MEMBANTU???..
Kami sedang menyiapkan hasil kajian yang menyeluruh tentang penyatuan ummah secara global, menggunakan bahasa kasih sayang berpaksikan wahyu dan sunnah. Antara persoalan yang terkait ialah mengenai permusuhan dan dendam yang berpanjangan masyarakat dunia yang mengakibatkan peperangan, pembunuhan, kematian insan yang tidak berdosa dan kemusnahan mukabumi dan isinya.
Sepertimana yang dapat kita tonton dalam video ini, kita juga lihat ramai pendita Kristian yang rata rata membaca quran beralih kepada Islam. Di Barat, begitu ramai penganut Kristian yang menunjuk perasaan dan memprotes kerajaan kerana melakukan keganasan di Negara negara Islam. Mereka mendesak agar dihentikan penaklukan, hentikan keganasan dan peperangan. Mereka desak dunia selamatkan Gaza dan palestine, Rohingnya, dan segala macam konflik yang ditaja di bumi Arab. MEREKA SUKA KEAMANAN..!!!
KISAH 'AL-MASIH' DAN KAITANNYA DENGAN DAJJAL, MAHDI DAN ISA
Di zaman jahiliah moden ini, umat manusia sudah kembali hidup tanpa memperdulikan KITAB yang mengandungi petunjuk dari tuhan. Masing masing membelakangkan perintah dan larangan untuk berbuat sesuka hati. Yang Yahudi tidak lagi mengikut apa yang TAURAT tetapkan, lalu mereka bukan Yahudi yang diredhai. Nasrani juga sudah berpecah belah dan masing masing mengikut nafsu, tidak ikut INJIL yang asal. Buat maksiat pun dengan bangganya menayangkan salib di dada. Islam juga begitu, ramai yang telah tidak faham QURAN... berpecah belah dan masing masing mengikut cara dan selera sendiri.
Yahudi, Nasrani dan Islam adalah dari kitab samawi yang diturunkan dari Allah yang SATU dan wajib diimani. Ibrahim a.s., Bapa agama mereka dan kita adalah sama... asalnya telah ISLAM. Tertolaknya keislaman YAHUDI & NASRANI kerana mereka telah sesat dan lari dari landasan asal agama itu. Namun orangnya masih boleh diIslamkan.
YAHUDI itu dati kata asas HUDAN.. adalah golongan yang awal menerima ketetapan, dari petunjuk (HUDAN) berupa KITAB yang bertulis, TAURAT dari Allah. Kerana itu mereka ini menjadi golongan yang awalnya bijak hasil dari petunjuk itu.
Allah suruh YAHUDI kembangkan ilmu itu kepada sekalian manusia, namun mereka kemut untuk kelompok mereka sahaja.. iaitu BANI ISRAEL. Mereka SOMBONG DAN INGKAR... tidak mahu dakwahkan kepada masyarakat dunia kerana mereka ingin kekal jadi MASTERMIND kepada dunia.
NASRANI, dari segi istilah datang dari kata pokok NASORO (PENOLONG). Mereka ini adalah golongan penengah...
Quran menyatakan bahawa NASRANI juga dahulunya bengang dan dimusuhi oleh YAHUDI. Sebagai insan, mereka juga memerlukan petunjuk dan ilmu. Malangnya nabi Isa a.s. adalah rasul yang agak singkat usianya dan tidak sempat menjinakkan pengikutnya hingga sempurna. Kerana itu Isa a.s. beritakan akan kehadiran Rasulullah SAW dan pengikutnya ikut beriman. Sebab itu juga mereka ini seharusnya lebih rapat dengan ISLAM (baca firman di bawah).
Hari ini Nasrani banyak membantu Israel kerana mereka nampak Israel lebih bijak mencatur, biar sedikit jumlahnya tapi kuat ekonomi dan ilmunya.. bahkan YAHUDI dikatakan banyak memberikan keuntungan ekonomi dan politik kepada mereka.
Jika Islam yang syumul, yang bijaksana, yang rajin, yang pandai, yang bersatuhati dan penyayang ini dapat disuakan kepada Nasrani, pasti ramai kalangan mereka akan beralih dan membantu Islam.
Mungkin cukup dengan kerelaan mereka yang tertarik dengan kebenaran dan kesejahteraan Islam, tidak perlu pun memberikan tekanan kepada mereka.
Jika perlukan tekanan untuk mendapatkan sokongan mereka itu mudah sahaja, UMAT ISLAM HANYA PERLU BERSATU, BERIKAN TEKANAN EKONOMI DAN POLITIK KEPADA NASRANI. MEREKA AKAN MERASAKAN TEKANAN YANG AMAT DAHSYAT DAN MEMERITKAN..
Perhatikan wahyu berikut,
"Dan ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang AKAN DATANG SESUDAHKU, yang namanya AHMAD (Ahmadun Hadi Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." – QS: 61. Ash Shaff 6.
Selagi kita hanya berangan angan dengan kuasa Islam yang magik dan metafizik, sukar untuk NASRANI menolong agama ini. Mereka lebih magik lagi dengan sihirnya. Mereka lebih percaya kepada teknologi nyata seperti apa yang Israel tunjukkan sekian lama. Sihir mereka akan dibelit oleh petunjuk, tongkat Isa a.s. jika kita mampu memahami dan melaksanakannya secara strategik, bukan magik.
QS: 5. Al Maa'idah
82. Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang PALING KERAS PERMUSUHANNYA terhadap orang-orang yang beriman ialah ORANG-ORANG YAHUDI dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang PALING DEKAT PERSAHABATANNYA dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini ORANG NASRANI." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
83. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi.
Hari ini ramai pendita dan ahli kita yang disembah oleh mereka kembali kepada Islam. Benarlah janji Allah. Sodaqollahalaziim.
KESIMPULAN:
Kelahiran nabi dan rasul Muhammad SAW itu diakui sendiri oleh Isa a.s. Ini termaktub juga dalam quran dan kitab asal Injil. Ini telahpun diketahui dan diyakini oleh golongan NASRANI.
Untuk menjadikan mereka cenderung kepada Islam, kita hanya perlu bacakan, jelaskan dan nampakkan kebenaran isi kitab alquran itu secara aktual, strategik, realistik, secara konteks melalui fakta dan amal yang benar, bukan hanya secara teks, retorik dan ritualisitik, atau secara magik dan metafizik semata mata. Insyaallah mereka akan menyukai Islam untuk menjadi penolong kita buat mensejahterakan dunia.
ALMASIH DAJJAL itu adalah golongan yang jahat, bongkak dan sombong. Mereka adalah ahli kitab yang lari dari disiplin yang digariskan oleh kitab. Banyak difirmankan dalam quran bahawasanya mereka adalah dari golongan kiri umat YAHUDI LAKNATULLAH yang telah memusuhi Nabi SAW dan para sahabat r.a. sejak dahulu lagi. Terlalu banyak Allah ulang dalam quran tentang fakta ini.
ALMASIH MAHDI ada kaitannya dengan KEPERCAYAAN PETUNJUK (HUDAN). Ia adalah golongan yang akan tampil memberikan petunjuk itu kepada umat manusia. Mereka adalah dari kalangan kita umat Muhammad... Apabila petunjuk sudah jelas, yakinlah bahawa NASRANI yang menjadi golongan tengah ini akan menolong ISLAM dengan segala teknologi, kuasa politik dan dana yang mereka ada. Ini kerana mereka tahu sistem Islam itu LEBIH TERKINI dan UPDATED berbanding YAHUDI yang sudah EXPIRED. Mereka juga ingin maju dan hidup bermasyarakat dalam dunia yang aman sejahtera.
Hari ini mereka berpatah ke belakang menyokong REGIME ISRAEL ZIONIS (bukan YAHUDI ORTODOKS), golongan sebelum mereka yang sudahlah expired, jahat pula tu… hanyalah kerana kita gagal menampakkan kehebatan ISLAM YANG SEBENAR kepada mereka. Sila baca ulang ulang dan perhatikan ayat di atas tadi.
Bila ALMASIH MAHDI, iaitu kalangan kita, telah selesai menampakkan hudan (petunjuk) nya, maka AL-MASIH ISA akan tampil membawa tongkat, iaitu petunjuk yang dijabarkan oleh ALMASIH MAHDI tadi untuk memukul kepala AL-MASIH DAJJAL (YAHUDI ZIONIS).
Tips Nuzul Qur’an
WARGA PRIHATIN
P/S:
Qs: 22. Al Hajj - 78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang MUSLIM dari dahulu, dan dalam ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.
Qs: 2. Al Baqarah - ISLAM Agama Nabi Ibrahim a.s.
132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub.: "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".
130. Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.
LikeLike ·  ·  · 1077

No comments:

Post a Comment