Wednesday, 5 March 2014

Lawak

Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi… Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya.. MURID 1: Ada cikgu… jawapan saya suis lampu.. GURU: Suis lampu? Buktikan pada saya… MURID 1: Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi… MURID 2: Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis… CIKGU: Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…? MURID 3: Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana… CIKGU: Ok, apa jawapan kamu… MURID 3: Cirit cikgu… CIKGU: Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah) MURID 3: Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT…… Cikgu skoloh mane la gamoknye ni..

No comments:

Post a Comment