Friday, 7 March 2014

Fitnah


Kisah Laki Bini part 609
--------------------------

Pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika terbukti anakku Fatimah mencuri, aku sendiri akan potong tangannya”

Jadi, Jika terbukti ada orang meliwat, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., 

Sama jugak, Jika terbukti ada orang bunuh model dan letupkan, atau berzina dengan artis, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, MB ke, Adun ke, Bapa transformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum....

Nasihat aku, bila kekasih kita di fitnah, tak payahlah nak mengamok, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, juga dalam masa yang sama cari bukti sebelum buat keputusan, 

jadi kepada seseiapa yang di tuduh bersalah, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh, sambil cari bukti yang korang tak bersalah, jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

No comments:

Post a Comment