03 January 2012
Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?
Walaupun
anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa
mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah
sentiasa!
gambar
dari medjournalwatch.blogspot.com
Pendidikan
seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia
adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis
tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan
Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah
menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab
pendidikan seks.
Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.
Adab
ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka
mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu
<!--[if !supportLists]-->I.
<!--[endif]-->Di
waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di
atas tempat peraduan mereka
<!--[if !supportLists]-->II.
<!--[endif]-->Di
waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika
itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
<!--[if !supportLists]-->III.
<!--[endif]-->Di
waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu
berehat
Sekiranya
anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan
pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut
sesuai dengan firman Allah yang bermaksud
“Dan
apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta
izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah
menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.”
Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?
Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.
Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.
Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.
Pada
suatu hari, seorang guru datang menemui saya.
“Kak
syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan
yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk
menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang
sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan
cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan
teliti.
“Kelakuan
yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun
saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan
yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang
sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa
berbincang untuk menyelesaikannya.
“Dia
buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu
Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak
menceritakan perihal anak muridnya itu.
“Dia
buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi
kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku
sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas.
Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya
terjemahkan.
“Mmm…
Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar
perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini
berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan
yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”
Saya
mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan
beliau.
“Baru-baru
ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena
dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat
kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan
tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan
rakannya itu tadi.”
“Bila
cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang
cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah
menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan
perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu
melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida
menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.
“Oh
begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya
lagi
“Mmm…
Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut
pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap
juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu
perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang
kali.
“Berat
juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya
Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya
menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini
secara serius.
Selepas
perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk
melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia
sedang diperhati.
Setelah
beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya :
“Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di
televisyen?”
Anak
kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu
beristighfar panjang.
“Kamu
tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya
lagi
“Bilik
ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya
Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa
berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana
mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka
‘bersama’.
Kisah-kisah
sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang
lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki
telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur
kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya.
Na’uzubillah.
Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.
Yang
lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita
hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang
‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk
memadamkannya?
Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.
Jangan
biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar
dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal
lagi.
Oleh
itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan
yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat
mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal
sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang
mulia.
Sehingga,
apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang
mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.
Betapa
kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik
tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan
seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama
teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu
di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam
otaknya
Dan
betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa
keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta
merasa kelazatannya.
Lantaran
itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran
Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal.
Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi
Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia
dan akhirat.
Wallahua’lam
.
ReplyDeleteلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ.اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.انشـــــاءاَلل
Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy
http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna