SEORANG pemuda bertanya kepada Sayidina Ali:''Imam,bagaimana aku dapat mengetahui hatiku ini sama ada ia lebih cenderung kepada dunia atau lebih memilih akhirat?.
Jawab Saiyidina Ali:''Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya ke dalam.Tidak lama kemudian,rumahmu sekali lagi diketuk.Kali ini datang pula seorang yang meminta ihsan.Lantas kamu memberi hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan dia pun pergi.
Antara kegembiraan kamu ketika menerima hadiah daripada tetamu dengan kegembiraan kamu menghadiahkannya kepada orang lain,mana satu yang lebih besar rasa gembira?.
Sekiranya kamu lebih gembira menerima,maka hatimu lebih cenderung kepada dunia dan sekiranya hatimu lebih bahagia dengan infak yang telah kamu laksanakan,maka hatimu lebih cenderung kepada akhirat''.
No comments:
Post a Comment