Saturday, 5 October 2013

Masa sekarang


JIKA orang bertanya bilakah masa yang paling bahagia dalam hidup berumah tangga kita....jawablah ''sekarang''.Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata:''Apabila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil''.Ingatlah dengan berkata demikian kita telah ''membunuh'' potensi hari ini.
Ya...memang masa kita mula-mula kahwin dulu kita gembira...tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu.Dan waktu itu telah berlalu.Kita hanya hidup pada masa ini,bukan masa lalu.Jadi...jadikanlah masa ini masa yang paling bahagia.Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu.
Inilah yang di pesan oleh Rasulullah SAW ...''Jika kamu berada pada waktu pagi,jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya

No comments:

Post a Comment