Thursday, 1 June 2017

Kuih

Soalan Pecah Kepala Bulan RamadhanTeka Nama Kuih👇      

1. 🚹+4⃣+🍌=lepat pisang
2. 🚘+🚛+🅿+🆙= karipap
3.💩+🐥= taik itik
4.💡+💋+❌+🆖=lempeng
5.🐜+🚛+💋+🐸=
6.🅱️+🅾️+♏💥= kuih bom
7.💩+⛽= taik minyak
8.🅱️+🆖+🚘= bingka
9.1⃣+🍬=
10.🍞+⏰+🏃=roti jala
11.🍞+☕+9⃣=roti canai
12.💉+💉+®+🍤=cucur udang
13.🐓+🌳= akok
14.💉+💉+👕+👦= cucur badak
15.🐨+🐮+👞+🆖=
16.👞+2⃣+💃=kasturi
17.👸+🛀= puteri mandi
18.🔥+🌂+Ⓜ=apam

Sapa tau jawapan??

fb n j lurus


Nur Din dan IdrisTopplumber Idris telah memberi komen pada ini.
Di manakah letaknya hikmah jalan yg lurus sehingga masih dok bercakap ttng hukum hakam. Masih tersangkut dlm ranting2 ilmu bila nak jumpa dgn jln yg lurus.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
5 daripada 1,002
Nur Din Apakah tujuan rasulullah saw tinggalkan dalil2 di atas ini?
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan6 min
Nur Din Dalam laman group ini ramai yg menyangka (berperasaan) bhw amalan mrk sudah baik....sehingga loghat ttng solat orang lain.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan5 min
Nur Din Ttp inilah dalil yg nabi saw tujukan untk mrk
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan7 min
Nur Din Puasa pon nak pahala.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan7 min
Nur Din Solatpun nak pahala
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan7 min
Nur Din Bukankah semua ini perbuatan?
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan6 min
Nur Din Syariat adalah perbuatan.....tp mrk tdk nmpk 2 dalil ini
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan6 min
Nur Din Apb nabi saw menyebut bhw perbuatan yg merugikan maka muhasabah ler.....jgn sayang sangat solat yg kamu lakukan selama ini krn xde pahala pon.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan5 min
Nur Din Macamna nak pahala jika rukun pon mrk tdk fhm?
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4 min
Nur Din Terlalu bnyk hikmah yg tersembunyi dari amalan rukun islam.....ttp mrk hny mampu bercakap ttng pahala shj.
SukaTunjukkan lagi reaksi
BalasanSebentar tadi
Nur Din Hikmah rukun iman bynk yg sudah saya cerahkan ttp hikmah dari rukun islam lg mengejutkan.
SukaTunjukkan lagi reaksi
BalasanSebentar tadi
Nur Din Bukankah hikmah di sebalik berpuasa mengejutkan?
SukaTunjukkan lagi reaksi
BalasanSebentar tadi
Rakan sedang menaip komen...

hakikat

Foto Hakikat Insan.

hakikat

Foto Hakikat Insan.

hakikat


Admin terpandang akan satu lukisan di bawah ini.. kisahnya berkenaan dengan perumpamaan di antara puasa dan solat.. puasa tanpa solat adalah sia-sia, ibarat bekas air yang bocor.. pada akhirnya akan kosong jua isinya..
Bagi golongan syariat, mereka mengguna pakai lukisan ini, dikeranakan mereka masih terlihat adanya diri.. aku yang berpuasa, dan aku yang bersolat.. aku berpuasa dan bersolat, dengan kudratku, dan dengan iradatku.. kerana Allah.. lillahi Taala.. jika masih terlihat adanya diri, bermakna kehidupan kita masih bergelimang dengan dosa syirik kepada Allah.. mewujudkan yang lain selain Allah, iaitu dirimu sendiri.. hati-hatilah, kerana tiada dosa yang tidak diampun, melainkan dosa syirik..
Bagi golongan makrifat pula, lukisan ini sama sekali tidak menggambarkan keadaan dan suasana diri mereka.. kerana diri mereka telah tiada.. hilang, lenyap, karam, di dalam wajah dan kenyataan Allah.. yang wujud pada mereka, hanya Allah.. yang baik pun aku, yang buruk pun aku.. yang beriman pun aku, yang ingkar pun aku.. tiada lagi risaukan urusan dosa pahala dan syurga neraka.. yang mereka inginkan, hanyalah Allah semata-mata..
Jadi.. fikir-fikirkan, renung-renungkan..
Anda berada di golongan yang mana?

MATI SEBELUM MATI


MATI SEBELUM MATI
Ada satu istilah Sufi,
Iaitu mati sebelum mati,
Apakah maksud mati si Sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,
Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanyalah perpindahan,
Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,
Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,
Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,
Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,
Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,
Apakah mati menurut si Sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini:
Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,
Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,
Matikan ego keakuanmu,
Matikan nafsu ammarahmu,
Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,
Nafikan dirimu isbatkan Allah,
Hingga terasa tiada wujud selain Allah,
Hingga terasa dirimu KOSONG belaka,
Hanya wujud Allah segala galanya,
Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya ZAT yang maha satu,
Bila Allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,
Nafi yang lain isbatkan Allah,
Itulah rahsia Laa ilaha illa Allah,
Terasalah dalam perasaan si Sufi,
Dia telah binasa dan mati,
Yang hidup hanya Allah,
Yang wujud hanya Allah,
Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,
Orang sufi orang ROHANI,
Merenung jauh ke dalam diri,
Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,
Bukan senang menjadi Sufi,
Perlukan latihan secara ROHANI,
Mereka sembahyang mereka puasa,
Mereka BERZIKIR segenap masa,
Bersihkan hati hingga tergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,
Hati dicuci dengan ZIKRULLAH,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,
Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju Ma'rifat yang hening,
Ma'rifat itu suatu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,
Apabila sampai ke Ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya RABBI,
Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,
Tidak dapat hendak dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,
Orang sufi hampir dengan Rabbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,
Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,
Mereka itu sudah kembali,
Kembali pulang ke Hadrat ilahi,
Badan didunia tapi ROH disisi Allah,
MATI pada diri tapi HIDUP dalam Allah,
Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,
Kalau kau perangi Wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,
Kalau kau Wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,
Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang membunuh
sebenarnya Allah,
Wali Allah Sufi sejati,
Doanya makbul direstui ilahi,
Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,
Belajarlah pada Syekh Sufi,
Agar kau diberkati ilahi,
Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,
Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada
hanya Zat Allah.