Sunday, 15 May 2022

meminjam

 1. Oleh kerana tak ramai (mungkin tak ada langsung!) orang yang menyatakannya, saya perlu menjelaskan yang kita tidak disyorkan untuk meminjam wang untuk membuat pelaburan (kecuali untuk membeli hartanah).

2. Mengapa tidak?
3. Dua sebab utama? Pertamanya, by its’ very nature, pelaburan melibatkan risiko. Basically, hampir semua pelaburan – saham, unit amanah, crypto, hartanah, emas – tidak menjanjikan pulangan. Ini bermakna kita boleh menanggung kerugian, dan malah boleh kehilangan semua wang kita apabila melabur!
4. Keduanya, berhutang melibatkan bayaran balik prinsipal DAN faedah. Dan bayaran balik ini adalah pasti dan wajib. Kita wajib membayar balik hutang tidak kira kita buat duit daripada pelaburan itu atau tidak!
5. Jadi apabila kita berhutang untuk membuat pelaburan, kita menggandakan risikonya tanpa apa-apa gerenti kita akan buat duit.
6. Inilah dua sebab utama mengapa kita tidak disyorkan untuk meminjam wang untuk membuat pelaburan.
7. Inilah juga sebabnya mengapa saya sering tersedak apabila mendengar mana-mana skim pelaburan yang melibatkan hutang. Dan leverage adalah hutang, ya, tuan puan semua!
8. Next, jika sesiapa yang teruja dengan leverage 10X, saya rasa mereka ini patut mencari syarikat yang menawarkan leverage 100X! After all, jika leverage 10X bagus, leverage 100X mesti jauh lebih bagus!
9. Akhirnya, saya perlu menjelaskan yang saya tidak berkata meminjam wang untuk membuat pelaburan itu salah, haram atau berdosa. Praktis ini sah dan malah AMAT MENGUNTUNGKAN KEPADA PIHAK YANG MEMBERIKAN PINJAMAN DAN EJEN MEREKA (yang menerangkan mengapa mereka begitu beria-beria mempromosikannya!). Tetapi ianya merupakan strategi yang songsang untuk pelabur individu.
10. Jadi anda perlulah berfikir panjang-panjang sebelum menambahkan hutang.

No comments:

Post a Comment