Kita telah melalui tiga pilihanraya negeri iaitu PRN Melaka, Johor, dan Sarawak. Secara kalkulatifnya, ketiga-tiga PRN ini jelas menunjukkan berlakunya pola penurunan bagi kadar keluar mengundi.
PRN Sarawak - 61%
PRN Melaka - 66%
PRN Johor - 55%
Persoalannya, mengapa rakyat jadi tidak minat untuk mengundi?
Rangkuman daripada beberapa analisis yang dibuat oleh para penganalisis politik, antara faktor 'kelesuan politik' ini adalah disebabkan oleh krisis politik (isu rasuah, lompat parti, integriti), ancaman kesihatan COVID-19, kekecewaan pengundi terhadap politik tanah air, literasi politik dalam kalangan anak muda (mengambil kira Undi18 di PRN Johor), dan sebagainya.
Pola penurunan ini sebetulnya adalah membimbangkan - Justeru saya harus akui bahawa semua pemimpin dan parti politik memikul satu tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan semula naratif 'rakyat sudah muak dengan politik' ini terutamanya menjelang PRU15 akan datang.
Sistem demokrasi dan pilihan raya negara akan mempunyai imbangan yang lebih baik bukan hanya apabila adanya pengundi; tetapi adanya pengundi yang keluar mengundi menjadi indikator kepada sistem yang berfungsi.
No comments:
Post a Comment