𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗝𝗨𝗔𝗟
1. Dengan emas ni, walaupun saya dh simpan emas sejak tahun 2016. Tapi saya tak pernah anggap emas sebagai pelaburan, tak pernah.
2. Even saya pernah beli emas dengan harga RM 180 1 gram, dan harga pernah naik RM 304 1 gram, saya tak pernah rasa nak jual pun, dan saya tak kan jual pun emas tu tanpa sebab.
3. Emas, bagi saya adalah simpanan, macam simpan duit je cuma simpanan ini tak mudah sangat untuk saya gunakan kecuali keadaan betul-betul mendesak & kecemasan sahaja. Untuk hal remeh temeh, memang tak la guna emas ni.
4. 1 lagi emas ni saya anggap sebagai asset bisnes. Awal-awal bisnes dulu, nak kumpul hartanah, rumah atas nama bisnes ni tak mudah, pernah ke bank nak apply loan kena reject macam tu je, so alternatifnya, saya beli emas & simpan sebagai asset bisnes.
5. Di kala Ringgit makin lama makin lemah, di kala inflasi makin lama makin menjadi jadi, harga barang yang semakin naik sehingga lupa nak turun balik, simpan lah sedikit harta kita dlm bentuk emas untuk lindungi kuasa beli kita. Contoh mudah, 1400 tahun yang lalu, 1 Dinar boleh beli seekor kambing, hari ini 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.
6. Untuk pelaburan pulak, bagi saya pelaburan yg lebih menguntungkan ialah buat bisnes, bisnes & bisnes. Daripada fokus & sibuk nak jadi pelabur emas, yang asyik kena moniter harga emas je,, baik saya pergi cari ilmu, buat & kembangkan bisnes, ini jauh lebih menguntungkan, nak untung 200%, 2000%, dengan bisnes ni senang sangat je.
7. Bila ada untung sikit dari bisnes tu, terus allocate sebahagianya untuk beli & simpan emas, tambah asset bisnes, harga rendah ke tinggi ke, tak perlu tengok harga pun takpe, beli je, yang penting pastikan gram sentiasa bertambah.
8. Apa pun kerja buat kita, mesti dengan ilmu yang betul. Sekali pun dengan emas. Pesan guru emas bukan emas pun yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentangnya.
Penyimpan emas,
No comments:
Post a Comment