ADA APA DENGAN DALIL
________________________________________
Manusia yang paling teruk sekali di muka bumi ini, adalah manusia yang mana seluruh kehidupannya hanyalah berpandukan dalil semata-mata. Ini boleh buat sebab ada dalil. Itu tidak boleh buat sebab tidak ada dalil. Paling celaka, ada dalil yang menguntungkan sang penguasa, dan ada pula dalil yang menindas golongan marhaen.
________________________________________
Apa gunanya Sang Tuhan mengurniakan akal dan juga fikiran untuk kalian, jika fungsinya hanyalah sekadar menjadi pak angguk kepada dalil? Dan malahan tidak melampau jika ku katakan pada kalian, bahawa hingga sampai pada suatu tahap, hidup golongan ini sudah ibarat seperti bertuhankan dalil pula.
________________________________________
Kalau begitulah kehidupan kalian, maka ketahuilah, bahawa haiwan liar dan juga binatang buas di rimba itu lebih tinggi darjat dan juga martabatnya berbanding kalian. Tidak ada dalil pun yang menyuruh ibu singa menyusukan anaknya, dan tak ada dalil pun yang menghalang bapa singa dari memakan anaknya. Inilah namanya sunnat illah, ketetapan yang telah ditetapkan.
________________________________________
P/s: lebai suka menunggang dalil
No comments:
Post a Comment