Sunday, 31 January 2021

ZAMAN SEKARANG

 ZAMAN SEKARANG

______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan diiktiraf jakim dan kerajaan... Tapi menyebarkan kebenaran dijatuh hukum dengan kejam.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan dapat ramai pengikut dan kawan... Tapi menyebarkan kebenaran boleh hilang rakan dan taulan.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan diangkat sebagai ilmuan... Tapi menyebarkan kebenaran dituduh sesat dan songsang.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan dapat sijil dan permit... Tapi menyebarkan kebenaran buku dan penulisan digam diharam.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan digelar ustaz dan ulamak... Tapi menyebarkan kebenaran dikata freethinker dan anti tuhan.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan dikata ikut nabi dan sunnah... Tapi menyebarkan kebenaran dikata anti kitab quran dan hadis.
______________________________
Zaman sekarang;
Menyebarkan penipuan dikata ahli al masih dan juga al mahdi... Tapi menyebarkan kebenaran dikata pengikut dajjal dan illuminati.

PESAN GURUKU

 PESAN GURUKU

________________________________________
"Untuk apa mencari tempat yang jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni nabi dan Rasul illah dahulunya?"
________________________________________
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam atau pun pada awal pagi kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu itu bila-bila masa sahaja boleh bertahajjud sesudah memasuki ke dalam diri kamu itu sendiri tanpa adanya ikatan siang atau pun malam?"
________________________________________
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan juga Makam Rasul illah, sedangkan Rasul illah itu sentiasa sahaja boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"
________________________________________
"Dan untuk apa pergi jauh sampai ke Kaabah di Kota Makkah di dalam perjalanan kamu untuk mencari illah, sedangkan Sang Tuhan itu sentiasa sahaja bersama kamu walaupun di mana sahaja kamu berada?"

Thursday, 28 January 2021

Sunday, 24 January 2021

NUR ATAU NAR?

 NUR ATAU NAR?

________________________________________
Ramai di kalangan salik, terutamanya daripada jalur-jalur tarekat, apabila mereka telah selesai menghabiskan zikir yang beratus-ratus ribu bilangannya, lalu mereka pun melihat imej atau sosok yang bercahaya seakan-akan manusia..
________________________________________
Lalu mereka pun menyangka bahawa mereka telah melihat roh kudus, atau diri sebenar diri, atau cahaya ilahi, atau apa saja panggilan yang mereka inginkan.. Malah ada juga yang menyangka itulah saatnya Sang Tuhan telah menjelma..
_______________________________________
Namun, awas kalian. Usah biarkan diri anda ditipu hidup-hidup oleh jin-jin kafir laknatullah, yang mana sememangnya tujuan mereka hidup itu adalah untuk menyesatkan anak cucu adam dan juga seluruh keturunannya sampai kiamat..
________________________________________
Tidak kurang pula ada yang mimpi bertemu para wali dan juga nabi, padahal yang datang di dalam mimpi mereka itu adalah tidak lain dari jin yang menyamar dan mengaku sebagai wali atau nabi illah.. maka terus sahaja anak cucu adam tertipu dan ditipu lagi..
________________________________________
Maka dari itu, bezakanlah dengan bijak, di antara NUR (cahaya) dan juga NAR (api).. Kerana yang haq itu asalnya daripada cahaya, dan yang batil itu pula asalnya daripada api.. Sekali pandang nampak sama, tetapi tidak serupa..
________________________________________
Makrifat itu penyaksian.. Penyaksian itu adalah dari kedua mata zahir dan juga mata batin.. Apabila berlaku penyaksian, maka lenyaplah sang Dajjal daripada diri kamu.. Dajjal yang dikatakan sebagai buta sebelah matanya.. Yang buta itu bukan mata zahir, tapi mata hatinya..
________________________________________
Yang tinggal selepas itu cuma Al-Mahdi, sang kebenaran yang nyata.. Dialah juga yang dikatakan sebagai sang Imam di hadapan kamu ketika kamu bersolat.. Apabila munculnya yang haq, Maka hancurlah segala yang batil.
P/s: ulamak mimpi jumpa nabi ke tu?

ADA SYURGA DAN NERAKA?

 BENARKAH SESUDAH MATI;

ADA SYURGA DAN NERAKA?
________________________________________
Para wali memang mengajarkan seperti demikian. Inilah ajaran yang justeru menurutku sangat menyesatkan kerana terlalu dangkal penjelasannya. Para wali hanya mengajarkan ilmu hanya pada kulitnya, tidak sampai pada isinya, tidak sampai pada hakikat yang sebenarnya.
________________________________________
Para wali itu mengajarkan bahawa syurga dan neraka akan hanya dijumpai kelak setelah kiamat. Adanya pula hanyalah di akhirat yang kekal abadi. Kononnya ada sungai arak dan sungai susu, malahan ada juga wanita-wanita seksi buat pelayan nafsu lelaki miang.
________________________________________
Para wali memang bertujuan baik, malangnya penjelasan mereka sekadar terputus sampai situ. Dan orang-orang awam menelan saja mentah-mentah akan segala keterangan itu. Maka tertunggu-tunggulah mereka akan segala nikmat pemuas nafsu itu.
________________________________________
Mereka enggan menjelaskan dengan lebih dalam dan lebih sampai pada makna yang hakiki ataupun hakikat yang sebenarnya. Saya faham, kerana jika semua orang tahu akan kebenaran, maka tutuplah masjid-masjid, dan sunyilah Kaabah di kota Makkah.
________________________________________
P/s: pak lebai pun boleh tercabut kopiah dan tertanggal jubah kalau sudah masuk ke dalam syurga.

ANDAI SYURGA DAN NERAKA MUSNAH

 ANDAI SYURGA DAN NERAKA MUSNAH

KE MANA LAGI KAN KU BAWA DIRI
MENYESAL PULA TAK SUDAH SUDAH
KERANA IMAN YANG BELUM PASTI
________________________________________
Syurga dan neraka tidaklah kekal selamanya dan pasti lebur, ataupun letaknya hanya dalam rasa hati peribadi masing-masing. Bukti bahawa kedua-duanya tidak kekal, mudah saja. Sekejap engkau merasa senang, dan waktu lain pula engkau merasa susah.
________________________________________
Senang dan puas itulah syurga. Bahagia dan gembira itulah syurga. Ada pun neraka ialah risau dan kecewa dalam hati. Lagi neraka adalah susah dan derita. Bahawa syurga dan neraka terdapat di akhirat pula, itulah hal yang semata khayal dan tidak termakan akal.
________________________________________
Sesungguhnya, menurut ajaran Islam pun, syurga dan neraka itu tidak kekal. Yang mana menganggap kekal syurga dan neraka itu adalah daripada kalangan orang awam. Malulah kepada diri sendiri, kerana masih lagi berkehendak pada perkara-perkara duniawi.
________________________________________
Sesungguhnya syurga dan neraka itu wajib rosak dan binasa. Kerana itulah sifatnya makhluk yang lemah dan hina. Hanyasanya illah sahajalah zat yang wajib abadi, kekal, dan azali, tidak pernah dimakan oleh ruang dan waktu. Maka dari itu, kembalilah kepadaNya.

hi

 Anda risau akaun pahala berkurang?

Anda risau akaun dosa bertambah?
Anda risau anda gagal ke syurga?
Anda risau anda pasti ke neraka?
Terlebih dahulu saya memohon
ampun dan maaf, kerana itu
semua adalah masalah anda,
bukan lagi masalah saya.
Merdekaa!! JiaHahaHa 😂🤣

KEMBALILAH KEPADAKU

 KEMBALILAH KEPADAKU

________________________________________
Jika semua manusia itu berasal dari Tuhan, maka sudah seharusnya ia pun akan kembali kepada Tuhan di akhir perjalanan atau di akhir hayatnya.
________________________________________
Seperti kata pepatah lama dari negeri Arab Saudi yang berbunyi seperti ini, "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" yang ertinya adalah, "Sesungguhnya kita berasal dari Tuhan dan kita akan tetap kembali pula kepada Tuhan".
________________________________________
Namun yang menjadi persoalan, bagaimana pula dan daripada mana pula boleh muncul suatu bentuk kepercayaan, bahawa ada manusia yang akan kembali ke neraka selamanya?
________________________________________
Dan bukan setakat itu saja, ada juga golongan yang begitu yakin dan percaya, bahawa mereka ini akan kembali kepada syurga dan ingin tinggal menetap pula di dalamnya buat selamanya?
________________________________________
Pesanan terakhir buat sahabat:
Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.
Kembalilah kepada Tuhanmu.

Hari "jumaat", hari ber"taubat".

 Hari "jumaat", hari ber"taubat".

Jumaat: himpun,
Taubat: kembali.
Apa yang nak dihimpun?
Sifat Maani.....
Apa yang nak dikembali?
Keakuan Diri.....
Kembali kepada apa?
Nur bukan Nar.....
Setelah kembali, apa jadi?
Masuklah "syurga"ku.....
Kekal atau tidak?
Tiada yang kekal.....
Tiada lagi aku.....
Hanya Aku.....
Fahamilah

hi

 Apa bodo piang sangat dajjal tu nak muncul dengan mata buta sebelah dan dahi bertatu tulisan kapir, sedangkan orang-orang korea dan siam pun pandai buat pembedahan plastik.

P/s: Sapa percaya dia lagi bodo 😂🤣

ADA APA DENGAN DALIL

 


ADA APA DENGAN DALIL
________________________________________
Manusia yang paling teruk sekali di muka bumi ini, adalah manusia yang mana seluruh kehidupannya hanyalah berpandukan dalil semata-mata. Ini boleh buat sebab ada dalil. Itu tidak boleh buat sebab tidak ada dalil. Paling celaka, ada dalil yang menguntungkan sang penguasa, dan ada pula dalil yang menindas golongan marhaen.
________________________________________
Apa gunanya Sang Tuhan mengurniakan akal dan juga fikiran untuk kalian, jika fungsinya hanyalah sekadar menjadi pak angguk kepada dalil? Dan malahan tidak melampau jika ku katakan pada kalian, bahawa hingga sampai pada suatu tahap, hidup golongan ini sudah ibarat seperti bertuhankan dalil pula.
________________________________________
Kalau begitulah kehidupan kalian, maka ketahuilah, bahawa haiwan liar dan juga binatang buas di rimba itu lebih tinggi darjat dan juga martabatnya berbanding kalian. Tidak ada dalil pun yang menyuruh ibu singa menyusukan anaknya, dan tak ada dalil pun yang menghalang bapa singa dari memakan anaknya. Inilah namanya sunnat illah, ketetapan yang telah ditetapkan.
________________________________________
P/s: lebai suka menunggang dalil 😆

SELAMAT PAGI DUNIA

 SELAMAT PAGI DUNIA

♥️
________________________________________
Kau dengan jalan kau, aku dengan jalan aku.. Biarlah kita berbeza perjalanan dan juga kaedah untuk menjalani, tetapi destinasi dan tujuan kita tetap satu..
________________________________________
Aku tidak pernah mengatakan yang jalan aku benar, ataupun mengatakan yang jalan engkau salah.. Kerana benar atau salah itu, terlalu subjektif.. terlalu imaginatif.. terlalu misteri adanya..
________________________________________
Dan begitulah jua pada akhirnya, yang didambakan oleh setiap dari jiwa yang bernyawa itu, hanyalah cinta yang satu..

EMPAT MARTABAT YANG SAMPAI

 EMPAT MARTABAT YANG SAMPAI

________________________________________
1. Martabat yang sampai kepada illah untuk menjadi umat yang sebenar- benarnya, iaitu orang yang berbuat ibadah seikhlas dirinya bagi illah tanpa mengharapkan ganjaran pahala mahu pun syurga.
________________________________________
2. Martabat yang sampai kepada Af'al illah, iaitu orang yang memandang bahawasanya segala perbuatan yang telah berlaku, yang sedang berlaku, dan yang belum berlaku itu, semuanya terbit daripada illah jua dan fana perbuatan dirinya.
________________________________________
3. Martabat yang sampai kepada sifat illah, iaitu orang yang sentiasa memandang bahawasanya tiada yang hidup, berkuasa, berkehendak, berilmu, mendengar, melihat, dan berkata-kata dalam alam ini, hanyasanya segala sifat itu illah jua sendirinya.
________________________________________
4. Martabat yang sampai kepada Zat illah, iaitu orang yang sentiasa memandang bahawasanya tiada ada yang wujud, ujud, dan maujud di dalam alam ini, hanyasanya illah jua yang ada sendirinya. Maka inilah martabat yang lepas dari syirik khafi.

RAHSIA MIKRAJ PADA DIRI

 RAHSIA MIKRAJ PADA DIRI

________________________________________
Rasul itu ertinya adalah PESURUH.
Pesuruh itu disuruh mengenal illah.
Apabila nabi naik ke langit (MIKRAJ) maka illah turun ke bumi. Di sinilah yang dinamakan: illah dan nabi bertemu dalam "Rasul" melalui WAHYU.
________________________________________
Wahyu itu kiasannya kepada ILMU.
Ilmu itu kiasannya kepada JIBRIL.
Itu sebab semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Jibril beserta sekali. Diarahkan Jibril setengah perjalanan sahaja, kerana Jibril itu bukan nabi yang bersatu dengan illah, dan Jibril itulah salah satu SIFAT MAANI pada kita yakni wahyu atau ilmu pada maknanya.
________________________________________
Mikraj ini terkait rapat dengan hal umat sejati, kerana pada hakikatnya, hanya umat sejatilah sahaja yang benar- benar layak untuk menuju kepada Tuhannya, dan kepada umat sejatilah juga illah akan turun kepadanya.
________________________________________
ISRA' itu maknanya PERJALANAN.
MIKRAJ itu pula maknanya SAMPAI.
BURAQ itu kiasan kepada ilmu baginda nabi yang cepat baginda miliki.
________________________________________
Jika bawa pada diri:
1. Terletak dalam perkara Solat.
2. Tersembunyi pada ilmu Nafas.
Pecahannya;
________________________________________
ILMU NAFAS
Apabila nabi naik ke langit itulah naiknya nafas kita ke ubun-ubun di kepala yang berkalimahkan "HU"
Apabila nabi sampai di langit ke tujuh, maka illah pun akan turun, itulah turun nafas kita berlafazkan "iLLAH"
________________________________________
ILMU SOLAT
Terletak di takbiratul ihram dalam usalli.
Adapun dinamakan telapak nabi mikraj itu antara HIDUNG dengan BIBIR ATAS iaitu alat bernyawa atau bernafas.
Adapun yang dinamakan MAQAM RASUL iLLAH pada diri kita itulah sekalian orang yang telah bermakrifat kepada Tuhan.
________________________________________
Orang makrifat itu adalah orang yang teguh akidahnya walaupun dituduh kafir.

hi

 Ada orang yang marah saya buka cerita rahsia.. Awat yang hangpa dok risau sangat tu.. Takut tak boleh nak cari makan ke lepas ni

SUDAH ISLAM KAH KITA ?

 SUDAH ISLAM KAH KITA ?

________________________________________
Kalau kita mengaku yang kita ini beragama islam, maka menjadi kewajipan untuk kita kenal siapa tuhan kepada agama islam..
________________________________________
Kalau kita tidak kenal dengan tuhan kita sendiri, maka apa beza kita dengan orang yang menganut agama lain yang tidak kenal tuhan kita..
________________________________________
Dan yang paling penting, sewaktu kita bersolat.. siapa yang kita sembah? Adakah cukup sekadar angan2 dan bersangka2 sahaja tuhan tu ada di atas kita? Atau di depan kita?
________________________________________
Jadi selama ni siapa yang kita sembah? Dinding simen ke? Kiub Kaabah ke? TV plasma ke? Iblis ke? Jin ke? Atau benar kita sembah iLLAH?
________________________________________
iLLAH itu pun hanyalah sekadar nama.. takkan cukup sekadar menyembah nama? Yang disuruh kita sembah itu, tuan empunya nama...
________________________________________
Dan banyak lagi persoalan lain yang tidak terjawab.. Maka bagaimana hati menjadi tenang dan kehidupan menjadi bahagia? Oh lupa.. Cukup sekadar bersangka-sangka..
________________________________________
P/s: tak perlulah kita gelakkan orang hindu sebab mereka sembah patung dewa.. Tak perlulah kita gelakkan orang kristian sebab mereka sembah salib jesus.. Sebab dalam tak sedar, kita sendiri pun sembah batu segi empat yang dibina pak Arab 😆

MAKRIFAT IBLIS

 MAKRIFAT IBLIS

________________________________________
Jika kalian telah menyembah illah selama hidup ini... Ada yang 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun, bahkan ada yang sampai 100 tahun... Lalu tiba-tiba, pada suatu hari, illah menyuruh kalian menyembah kepada selain daripada Dia... Mahukah kalian semua sujud kepada yang lain itu?
________________________________________
Begitulah juga dengan makhluk yang bernama Azazil Alaihisalam... Beliau merupakan ketua segala malaikat... Merangkap Sang Imam dan juga Guru Tauhid buat sekalian para malaikat... Bahkan beliau juga adalah makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh illah, jauh lebih lama sebelum adam...
________________________________________
Tentang kealiman dan ketaatan Syeikh Azazil itu pula, bumi mana yang tidak ada bekas atau kesan tempat sujudnya. Itu pun sesudah setiap inci di langit itu telah pun diliputi oleh kesan tinggalan peribadatan beliau kepada illah, dan beliau pun lalu meminta izin kepada illah untuk beramal ibadat di muka bumi pula.
________________________________________
Kita yang hanya mendengar kisah dari kitab-kitab lama dan juga hikayat kuno mengenai beliau, dengan semberono terus saja membenci dengan apa yang dinamakan sebagai Iblis itu, tanpa mengambil pengajaran dari beliau... Jika diikutkan, kita umat manusia ini jauh lebih hina daripada Iblis... Dosa Iblis cuma satu, iaitu tidak mahu bersujud kepada Tok Adam Alaihisalam...
________________________________________
Tapi jika dibandingkan dosa-dosa kita?
Sudah berapa bakul sejak akil baligh?

ILMU ORANG TERPINGGIR

 ILMU ORANG TERPINGGIR

___________________________________
Wahai diri yang sekian lama terpinggir..
Tenanglah dan senangkan saja jiwamu..
Engkau itu penanggung rahsia..
Rahsia perbendaharaan Aku..
Perbendaharaan yang kaya..
Dalam alam yang miskin..
___________________________________
Andai Aku pilih engkau..
Maka fakirlah engkau..
Andai engkau pilih Aku..
Maka sunyilah engkau..
Kerana..,
Inilah Ilmu Orang Terpinggir.....
___________________________________
Air mata itu adalah makananku..
Kehilangan itu adalah mainanku..
Rindu itu adalah sang kekasihku..
Gembira itu adalah pelabuhanku..
Duka cita seluruh penghuninya..
Bila kapal kehidupan ini berlabuh..
Segalanya tinggal..
Tinggal terpinggir..
___________________________________
Samada engkau itu dipinggirkan..
Atau engkau yang meminggirkan..
Ternyata segalanya terpinggir..
Tinggallah aku terpinggir..
Kerana inilah adatnya..
Inilah Ilmu Orang Terpinggir.....
___________________________________
Di sini bukanlah tempatnya..
Untuk engkau jadi terkenal..
Kerana engkau bukan ada di sini..
Engkau juga bukan ada di sana..
Tempat engkau bersama Aku..
Di tempat yang tiada bertempat..
___________________________________
Engkau terkenal namun tak dikenali..
Yang terkenal tak pernah mengenal..
Hidup engkau selalu terpinggir..
Mati engkau juga akan dipinggir..
Inilah Ilmu Orang Terpinggir.....
___________________________________
Andai engkau khuatir terpinggir..
Andai engkau khuatir dipinggirkan..
Andai engkau khuatir meminggirkan..
Maka pergilah.,
Tinggalkan saja diriku
Kerana ini ilmu.,
ORANG TERPINGGIR

PILIHLAH TEMPAT DUDUK KALIAN MASING-MASING

 PILIHLAH TEMPAT DUDUK

KALIAN MASING-MASING
______________________________
Perjalanan kita bukan menuju keluar..
Perjalanan kita menuju ke dalam diri..
______________________________
Kamu sendiri yang telah memilihnya...
Kamu sendiri yang membuat pilihan...
______________________________
Yang dikatakan sesat itu,,
Sebab belum lagi jumpa..
Kalau kalian sudah jumpa,,
Tak ada lagi istilah sesat..
______________________________
Yang dikatakan rahsia itu,,
Sebab belum lagi tahu..
Kalau kalian sudah tahu,,
Tak ada lagi istilah rahsia..

SYEIKH BARSISHA, SANG WALI SESAT.

 SYEIKH BARSISHA, SANG WALI SESAT.

________________________________________
Kewalian seseorang itu tidaklah dapat diketahui dengan tepat, meskipun oleh wali-wali besar yang lainnya. Walaupun pada mata umum, seseorang itu kelihatan sangat buruk perilaku serta akhlaknya, bahkan dikenali oleh anggota masyarakat sebagai ahli maksiat pula.
________________________________________
Sebagai contoh, suatu masa dahulu, ada seorang wali besar yang bernama Syeikh Barsisha yang mempunyai 60 ribu anak murid. Pada akhirnya beliau disesatkan oleh iblis sehingga membuatkan beliau minum arak, lalu berzina, dan akhirnya telah menjadi seorang pembunuh.
________________________________________
Begitu pun keadaannya Syeikh Barsisha yang dianggap sebagai seorang yang zindiq dan sesat di mata para ulamak syariat, mereka nampak pada zahirnya beliau telah mabuk, dan kemudian berzina, lalu membunuh. Bahkan di akhir hayatnya, ia telah menyembah iblis.
________________________________________
Namun demikian, ketahuilah ketika ia dihumban ke neraka sekalipun, yang ada di dalamnya dan juga yang sentiasa bersertanya hanyalah illah. Bukankah Nabi khidir pun turut sama membunuh seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang tidak berdosa di hadapan muridnya Nabi Musa?!

AGAMA TAUHID

 AGAMA TAUHID

_________________________
Kenal TUHAN sampai
Tak kenal DIRI lagi..
Kenal DIRI sampai
Tak kenal TUHAN lagi..
_________________________
Barulah dikatakan:
SATU, ESA, TUNGGAL,
Barulah benar-benar
dikatakan NAIK SAKSI...
__________________________
Menyaksikan pada diri
ASMA, AF'AL, ZAT, SIFAT,
Barulah dikatakan
Yang engkau itu:
MUSLIM SEJATI

TENTANG SEORANG ARIFBILLAH

 TENTANG SEORANG ARIFBILLAH

________________________________________
Seorang insan Kamil Mukamil itu, tidak semestinya berjubah labuh.. Berlilit serban di kepala.. Atau pun berjanggut panjang di muka.. Mahu pun bertanda lebam di kepala.. Bukanlah hanya memegang quran dan bertasbih sahaja.. Dan bukan pula yang kelihatan alim pada pandangan semata mata..
________________________________________
Boleh jadi beliau hanya berseluar pendek sahaja.. Bersepatu jepun di mana mana.. Berbaju kemeja.. Bertali leher, atau pun seorang tukang cuci di tandas bandaraya.. Mahu pun seorang pegawai di tempat kerja.. Waima beliau seorang yang kelihatan gila di mata kita..
________________________________________
Ketahuilah,, boleh jadi seseorang itu merupakan insan yang jijik, kotor, keji, bahkan sehina-hina pandangan di mata manusia,, akan tetapi tinggi sekali maqam dan kedudukan di sisiNya..
________________________________________
Golongan yang terpilih ini, merupakan arifbillah atau pun wali-wali illah, yang mana setiap denyutan nadi dan juga setiap degupan jantung mereka, hanya bertujuan untuk menyatakan illah..
________________________________________
Semoga illah pertemukan kita dengan golongan ini.. Mungkin di kampung tempat kalian tinggal, dan mungkin juga di pejabat tempat kalian bekerja. Jika tidak sekarang, suatu hari nanti..
Amiin²

hi

 Assalamualaikum w.b.t.

Kebelakangan ini, ramai yang mesej pada inbox saya dan bertanya, mengapa saya begitu jarang sekali membalas komen-komen yang diberikan oleh followers page pada setiap postingan yang saya buat. Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf buat mereka-mereka yang ikhlas bertanya.
Jawapan saya mudah, saya sudah berasa letih untuk berbahas dan juga bertikam lidah. Jika pada masa mula-mula page ini dibuka dulu memang iya, begitu pantas sekali saya membalas komen mempertahankan setiap penulisan saya, siap dengan hujah dan juga penjelasan yang panjang lebar.
Namun semakin lama, semakin saya sedar, bahawa jika seseorang manusia itu sudah ada sesuatu pegangan atau kepercayaan tertentu, maka buang masa dan tenaga saja jika memberikan penjelasan, kerana mereka pasti akan tetap saja dengan keyakinan dan juga kepercayaan nenek moyang mereka.
Masa saya bukan untuk dihabiskan pada orang-orang yang jahil tetapi mereka berasa pandai, orang-orang yang buta tetapi mereka berasa celik, dan orang-orang yang sombong tetapi mereka berasa tawaduk. Tempat kalian bukan di sini, ampun seribu kali ampun.
Ketahuilah saudaraku sekalian. Versi islam yang sebahagian besar kita anuti pada hari ini, sudah jauh tersimpang daripada jalan yang dibawa oleh Nabi. Kebanyakan sudah menjadi versi Islam nenek moyang, islam pak arab, islam syok sendiri, islam setengah-setengah, dan banyak lagi.
Sedangkan versi yang dibawa oleh kekasih kita Rasul illah itu, di dalamnya tidak ada yang dinamakan golongan Sunni atau Syiah. Tidak ada yang dinamakan mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali, atau Maliki. Tidak ada pecahan Salaf dan Khalaf. Dan tidak ada yang namanya golongan hadis atau quranist.
Dan buat mereka yang berani membuka mata dan juga minda, alhamdulillah, syukur dan tahniah saya ucapkan. Anda berani untuk terus menggali dan mencari kebenaran, terus menongkah arus deras di lautan dalam, dan ketahuilah, anda adalah antara satu di dalam seribu.

"MUHAMMAD ITU MAKSUM" ?

 Apa yang kalian faham tentang

"MUHAMMAD ITU MAKSUM" ?
Apakah sekadar tidak ada
catatan dosa dan pahala di
dalam buku nota 555 oleh
malaikat penjaga rekod ?

"Watak Iblis : Watak Ilahi"

 "Watak Iblis : Watak Ilahi"

Sebagai balasan dari Tuhan...
Iblis dilaknat ke dalam api;
______________________________
Balasan apakah katamu??
Api masuk ke dalam api?!
Kembali pada asal sejati diri...
Bukankah itu syurga hakiki?

Wednesday, 20 January 2021

SUATU PENCARIAN

 SUATU PENCARIAN

______________________________
Sudah ku daki gunung tertinggi,,
Hanya untuk mencari di mana diri-Mu..
______________________________
Sudah ku jelajahi isi bumi,,
Hanya untuk dapat hidup bersama-Mu..
______________________________
Sudah ku harungi laut samudera,,
Hanya untuk mencari tempat berlabuh-Mu..
______________________________
Tapi semakin jauh ku mencari,,
Cinta,, semakin aku tak mengerti..
______________________________
Tolonglah Tuhan,,
Beri petunjuk-Mu..
______________________________
Jalan yang benar..
Menuju jalan-Mu..
______________________________
Agar tak tersesat,,
Di persimpangan jalan..
______________________________
Amiin²

AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA?

 AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA?

________________________________________
Menjadi seorang ahli syurga itu, bukanlah di atas kecenderungan tafsiran dan juga pandangan oleh seseorang agamawan. Begitulah juga, menjadi seorang ahli neraka itu, bukanlah berasaskan kecenderungan pandangan dan tafsiran oleh seseorang agamawan.
________________________________________
Jika ada yang mengatakan yang engkau itu seorang ahli neraka, maka dalam tidak sedar dia juga telah meletakkan dirinya sebagai seorang ahli syurga. Samalah juga halnya, jika ada yang mengatakan yang engkau itu sesat, maka secara tidak langsung dia juga telah mengiktiraf bahawa dirinya berada di pihak yang benar.
________________________________________
Ada beberapa potongan ayat kitab/quran yang mana tuhan telah menyatakan kepada kita umat manusia, bahawa hanya illah lah sahaja yang berkuasa untuk memberi petunjuk, dan hanya illah lah juga yang berkuasa untuk menyesatkan. Dan paling penting, hanya illah lah sahaja yang layak menilai baik dan buruk seorang umat di sisi-Nya.
________________________________________
Walaupun kita dituduh sebagai kafir, munafiq, murtad, dan sesat oleh pihak agamawan, tidak semestinya kita ini adalah ahli neraka. Dan walaupun mereka itu berada dalam kalangan agamawan yang menuduh orang lain sebagai kafir, munafiq, sesat dan murtad, tidak semestinya pula mereka itu adalah ahli syurga.