Friday, 26 June 2020

SEMBAH DAN PUJI

SEMBAH DAN PUJI
________________________________________
Apabila engkau masih menyembah dan memuji Tuhan dengan cara biasa, nescaya engkau itu masih memiliki pengetahuan yang kurang sempurna.
________________________________________
Usahlah engkau terseyum kambing seolah-olah bahawa engkau itu sudah mengerti, apabila sebenarnya engkau masih belum mengetahui ilmu sejati.
________________________________________
Ketahuilah, bahawa itu semua hanyalah berupa tutur kata dan alunan suara semata-mata. Adapun kebenaran yang sejati itu, adalah apabila meninggalkan perbuatan sembah dan pujian yang diungkapkan dengan lafaz kata-kata.
________________________________________
Yang dikatakan sebagai sembah dan puji yang sempurna itu, adalah tidak memandang lagi akan adanya Tuhan, serta tidak memandang lagi akan adanya diri sendiri. Papan hitam dan juga pena tulisan sudah lebur, segala kualiti serta sifat sudah tidak ada lagi.
________________________________________
Fahamilah kata-kataku ini.

No comments:

Post a Comment