MAKNA SEJATI ISLAM
"Innad Dina 'Indallahil Islam"
"Sesungguhnya jalan hidup di sisi
Tuhan adalah jalan berserah diri"
Tuhan adalah jalan berserah diri"
Ayat kitab Al-Quran di atas menunjukkan bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi mengiktiraf jalan hidup apa pun, asalkan jalan hidup itu mengamalkan sikap berserah diri di dalam menjalani kehidupan. Kata “Islam” berasal daripada bahasa Arab “Aslama- Yuslimu”, yang bermakna berserah diri.
Dengan demikian, orang yang secara formalnya beragama Buddha, Hindu, Kristian, atau apa pun jua, jika ia menjalani perilaku berserah diri, maka ia layak disebut Muslim. Sebaliknya, jika orang yang secara formalnya beragama Islam namun tidak menjalani perlakuan berserah diri, maka ia tidak layak disebut Muslim.
Menjadi seorang Muslim itu sungguh berat. Ia harus sentiasa berusaha membersihkan egonya agar sepenuhnya berserah diri kepada Tuhan, kerana tiada daya dan upaya selain kerana kehendak Tuhan, seperti yang selalu disebut "La hawla wala quwwata illa billah". Itulah sebabnya Islam (jalan berserah diri) disebut sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi sekalian alam semesta).
Dan jika engkau bertemu dengan orang yang secara formalnya beragama Islam, tetapi amat mudah sekali untuk mengkafirkan dan juga menyesatkan orang lain yang tidak sesuai dengan pegangan dan juga kefahaman dirinya, maka ia belum lagi layak untuk disebut sebagai Muslim, apalagi seorang Mukmin.
Meskipun di kad pengenalanmu itu tertera agamamu Islam, sungguh engkau seharusnya malu untuk mengatakan bahawa dirimu itu seorang Muslim. Jadikanlah cara hidupmu itu yang muslim, bukan sekadar pakaian dan juga penampilan ala Muslim semata.
No comments:
Post a Comment