Sedikit pendekatan berbeza yang telah diambil oleh negara Thailand dalam isu keagamaan agama Islam bagi membasmi Corona Virus 19 infection. Negara Thailand tidak mengambil langkah menutup Masjid-masjid rumah Allah dalam negara mereka. Malah mereka mengambil pendekatan dengan kaedah membahagikan "Facemask" secara percuma kepada semua jemaah yang hadir ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
AJK masjid yang bertugas juga dibekalkan dengan "Penyukat Suhu" oleh kerajaan bagi mengambil sukatan suhu badan terhadap jemaah yang hadir ke masjid. Bagi mereka yang mengalami demam akan diarah untuk meninggalkan masjid, demi menjaga keselamatan jemaah yang lain. Manakala bagi jemaah yang tidak demam dibolehkan untuk menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah.
Mereka juga menggunakan garis panduan menetapkan jarak 1 meter di antara satu jemaah dengan jemaah yang lain seperti yang telah dikeluarkan garis panduan oleh World Health Organization (WHO). Bersalaman sesama jemaah selepas selesai solat berjemaah juga tidak dibenarkan. Alhamdulillah...!!
Credit : tQ sahabat Selatan Thailand.
ᴴᴰ𝐢𝐧𝐟𝐨𝒎𝒊𝒏𝒅𝒂𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒊𝒇𝟐𝟎𝟐𝟎 - 𝗠 𝗔 𝗟 𝗔 𝙔 𝗦 𝗜 𝗔 🇲🇾
ᴴᴰ𝐢𝐧𝐟𝐨𝒎𝒊𝒏𝒅𝒂𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒊𝒇𝟐𝟎𝟐𝟎 - 𝗠 𝗔 𝗟 𝗔 𝙔 𝗦 𝗜 𝗔 🇲🇾
No comments:
Post a Comment