Amirul MukmininIkuti
Anjing teman orang-orang suci.
Anjing antara haiwan yang disebutkan di dalam Al-Quran dalam Kisah Ashabul Kahfi dengan jelas menunjukkan keakraban kaum beriman dengan haiwan yang setia ini. Anjing tidak mungkin mengkhianati tuannya, dia penanti yang setia, penjaga yang siaga, penuntut yang taat, pemaaf dan sentiasa ceria untuk tuannya.
Anjing itu sifatnya terapung sama hanyut , terendam sama basah.
Rasul sangat menyayangi haiwan. Dalam Fathul Mekkah , Nabi pernah meminta sahabat melindungi anjing jalanan yang sedang menyusu agak tidak dipijak oleh tentera atau takut-takut anjing itu rasa terancam lalu mengigit tentera. Kisah ini terakam dalam kitab al-mughazi karya Al-waqidi ambilan dari Shahihain.
Psikologi anjing mudah dibaca. Bahasa badan (body language) sangat jelas . Kalau gembira dia senyum, kalau nak bermain ekornya bergoyang-goyang gedik, anjing tak akan menyerang sewenangnya sehinggalah dia terancam atau mungkin sakit gila. Anjing seperti manusia, dia perlu dibelai manja, memerlukan kita bermain dengannya , dan perlu latihan untuk setia dan mendengar arahan. Mungkin ini ramai yang tak tahu....
Diriwayatkan bahawa Ummul Mukminin Mainunah Bint Harith mempunyai seekor anjing dinamakan Mismar. Beliau sangat sayang kepadanya. Sehingga anjingnya dibawa pergi ke haji untuk melindungi beliau sehingga tak ada orang yang berani mendekati beliau dan rombongannya. Sepulangan , anjingnya sakit lalu diberikan kepada Bani Jadilah untuk merawat Mismar. Suatu hari , anjingnya itu mati dan Ummul Mukminin as . itu menangis, ketika ditanya beliau menjawab “Aku sedih Mismar anjingku mati”.
Walau riwayat ini dianggap lemah melalui riwayat Abu Ishaq Al-harbi kerana melalui Abdullah bin Syibab. Namun tidak matannya (text) .
Dalam tradisi kaum sufi juga banyak sekali kisah-kisah sufi dan anjing. Selain Abu Yazid Al-bustami ada kisah Malik bin Diyar . Suatu hari Malik Bin Diyar ditanya mengapa beliau suka bertemankan seekor anjing, jawabnya “ bertemab anjing ini lebih baik berbanding teman manusia yang mengajak kepada kerosakkan”. Kisah Malik Bin Diyar ini dirakam oleh Abu Nu’aim dalam kitab Al-Hilyah .
Begitulah kisah anjing hadir dalam hidup orang - orang suci.
“Yang sekor ni udah ngape? Teghoyeh-ghonyeh “..
Amirulmukminin
Palataologist.
Palataologist.

No comments:
Post a Comment