Friday, 27 March 2020

fb d



Orang tua tua selalu pesan sawah padi jangan jual jangan khianat. Tanam la dengan padi dan sayur sayur, biar padi penuh baloh. Garam biar penuh guri, ikan kering biar penuh keranjang, air biar penuh tempayang, ayam itik biar penuh reban , kalau mampu biar lembu kerbau penuh kandang dan biar buah kelapa kering penuh gantung bawah rumah. Tapi kita orang muda jawab , orang zaman sekarang tak main la sawah padi sebab beras, ikan, sayur semuanya sudah ada jual di market cukup lengkap. Sawah padi kita buat rumah sebab orang sekarang tak minat , kerja makan gaji sudah. Jadi sekarang tenggok apa nak jadi, yang tak kerja nak makan pun payah. Kalau usaha sawah padi macam orang tua tua pesan tak ada kerja tak apa asal tak lapar bekalan makanan ada didepan tangga. Itulah kita angkuh konon dah modern konon ada gaji ada jawatan boleh beli . Nah sekarang nak bergerak cari makan pun payah, kalau ada tanah sawah bendan depan tangga sahaja bekalan makanan. Sekarang menyesal pun tak guna. Lain kali jangan abai pesan orang tua tua . Gah sangat konon jadi orang bandar orang modern sekarang ambil la rasa.

No comments:

Post a Comment