TAFSIRAN BUKANLAH KEBENARAN
Menjadi ahli syurga itu, bukanlah di atas kecenderungan tafsiran oleh seseorang agamawan. Menjadi ahli neraka juga, bukanlah berasaskan kecenderungan tafsiran oleh seseorang agamawan.
Walaupun kita ini selalu saja dituduh dan dihukum sebagai golongan kafir, zindiq, munafiq, murtad, songsang, sesat dan yang sewaktu dengannya oleh para golongan atau kaum yang mengaku mereka itu adalah ilmuan mahupun agamawan, tidak semestinya kita ini adalah seorang ahli neraka.
Walaupun mereka itu tergolong di dalam kalangan ilmuan, agamawan, habib, maulana, syeikh dan yang seerti dengannya yang menuduh orang lain sebagai kafir, zindiq, munafiq, sesat dan murtad, tidak semestinya pula mereka itu adalah ahli syurga.
Tidak ada erti anak emas atau insan pilihan di sisi tuhan. Tidak ada istilah pilih kasih atau tidak adil di sisi tuhan. Hanya saja yang ada, golongan yang mahu keluar dari kepompong kejahilan dan menuju pencerahan. Manakala satu golongan lagi terus menjadi lembu ternakan dan juga keldai tunggangan.
Pilihan di tangan anda.
No comments:
Post a Comment