Grave of the Fireflies
Salah satu gambar yang begitu popular semasa Perang Dunia Kedua. Iaitu seorang budak lelaki yang sedang membawa mayat adiknya dibelakang beliau, menuju ke pusat pembakaran mayat di Nagasaki.
Gambar epik ini telah dirakam oleh seorang jurugambar kor marin AS, Joe O'Donnell. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang tidak dikenali, telah berjalan jauh tanpa memakai kasut sambil mendukung mayat adiknya di belakang, menuju ke pusat pembakaran mayat yang banyak disediakan bagi mengebumikan beribu-ribu mayat penduduk Nagasaki dan Hiroshima yang telah terkorban akibat ledakan bom atom yang digugurkan oleh pihak berikat.
Apabila budak ini sampai ke pusat pembakaran mayat, para petugas mengambil mayat adiknya dan meletakkannya ke dalam api yang sedang marak membakar mayat-mayat di situ. Budak lelaki tersebut berdiri tegak, tanpa bergerak, melihat mayat adiknya dibakar sambil beliau mengetip bibir. Tanpa disedarinya, kelihatan sedikit darah telah mengalir dari bibirnya. Akhirnya beliau berpaling, lalu melangkah
kakinya dengan perlahan meninggalkan tempat tersebut, menuju entah ke mana.
kakinya dengan perlahan meninggalkan tempat tersebut, menuju entah ke mana.
No comments:
Post a Comment