Ilham Kusuma
Di India mahkamah membuat keputusan penghakiman memberikan hak keatas tapak Masjid Babri kepada penganut ugama Hindu yg mendakwa masjid itu dibina diatas tapak runtuhan kuil hindu. Umat Islam diberikan tapak yg baru bagi menggantikan masjid itu.
Persoalan disini bukanlah tentang keputusan mahkamah itu, tetapi inilah beban sejarah yg ditinggalkan oleh generasi dahulu dari zaman purba untuk dipikul oleh generasi masa kini apabila ugama disebarkan melalui pedang dan penaklukan, perampasan keatas tanah milik bangsa dari penganut ugama lain dan membina pula rumah peribadatan bangsa yg menakluk keatas tanah itu. Begitu juga di Jerusalem, setelah bangsa arab yg menakluki Jerusalem membina masjid diatas tapak runtuhan rumah ibadat Yahudi yg dulu dibina oleh Salomo.
Dan zaman berubah, bangsa yg dahulu ditakluki telah bertukar menjadi bangsa dan negara yg lebih kuat dan mahu mengambil kembali hak mereka di India dan di Jerusalem.
Kalau ugama disebarkan melalui pendekatan yg bijaksana pertumpahan darah yg dibebani oleh generasi pada hari ini mungkin dapat dielakkan. Jelas ugama menjadi satu punca dan unsur yg menyebabkan dendam dan kebencian yg berpanjangan hingga berzaman...
Umat Islam maseh tidak mengambil iktibar dari sejarah dan maseh mempercayai penggunaan pedang dan menunggu seorang perwira dan imam
dari langit untuk menegakkan keadilan menurut corak dan kemahuan mereka tanpa melihat suasana dan realiti hari ini....
dari langit untuk menegakkan keadilan menurut corak dan kemahuan mereka tanpa melihat suasana dan realiti hari ini....


No comments:
Post a Comment