Thursday, 7 November 2019

Mohd Zufar to Kiub Batu Itu Berhala
Minority point of view...
Informasi Dunia Islam
Maaf saya terbaca cerita pasal seorang Pencetus mengkritik Nabila Huda dan kelihatan seolah-olah perbuatan Nabila Huda bergambar dengan anjing dosa besar.
Memandangkan saya ada menulis buku mengenai anjing (dan royalti sehingga tak dapat lagi hehe), saya merasakan patut saya menulis sedikit pasal isu ini.
1- Anjing adalah haiwan yang Allah ciptakan. Secara umum, Islam menyuruh kita berbuat baik kepada semua ciptaan Allah.
2- Anjing ada disebutkan dalam Al-Quran (surah Al-Kahf) dan disebutkan dalam hadith (pelacur dan anjing).
(updated): Perkataan“kalb” dalam Al-quran disebut sebanyak 6 kali dengan pelbagai perubahan kata.
Antaranya: Mukallibin (مكلبين), al-Kalb (الكلب), dan Kalbu-hum (كلبهم). Dan perkataan Kalb (anjing) disebut dalam 3 surah iaitu al-Ma’idah, al-‘Araf, al-Kahf.
3- Anjing adalah binatang yang setia dan bijak. Malah Allah ciptakan Anjing dengan pelbagai kelebihan yang memberi manfaat kepada manusia.
4- TERDAPAT BANYAK PERBINCANGAN tentang HUKUM ANJING di kalangan para ulama.
Antara mazhab besar yang mengatakan Anjing tidak najis ialah Mazhab Maliki.
Dalam Madzhab Maliki : Anjing tidak najis. Bagi mereka setiap makhluk hidup adalah suci, termasuk anjing dan babi.
Misalnya Abu Umar al-Namiri al-Qurtub dalam kitab al-Istizkar, menyatakan: “Ini menjadi dalil bahawa anjing bukan najis, iaitu ia bukan najis pada ain (diri anjing itu), kerana ia dari kalangan binatang yang selalu berlegar di kalangan kita. Dan ia diharuskan untuk kita menjadikannya binatang buruan, menjaga tumbuh-tumbuhan dan menjaga binatang ternakan, maka ia dikiaskan dengan kucing. Apabila sah perkara ini, sesungguhnya suruhan basuh bekas dari jilatan anjing tujuh kali itu sekadar ibadat (untuk mendapatkan pahala sahaja : sunat) sahaja, bukan kerana ia bernajis."
Persoalan: Adakah kita mahu katakan umat Islam bermazhab Maliki telah melakukan dosa besar dan memalukan Islam?
Imam Malik adalah Jaguh & Sarjana Besar Islam, yang berasal dari Madinah. Siapa Pencetus Ummah itu nak dibandingkan Imam Malik?
Ya benar, berdasarkan Mazhab Syafie Anjing itu najis. Dan apabila menyentuh anjing, maka wajar dibasuh dengan tujuh kali basuh, dan salah satunya dengan air tanah.
Kata Imam Nawawi : “Ketahuilah, tidak ada perbedaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing. Apabila kena kencingnya, taiknya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau satu satu anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang basing, maka wajib basuhnya tujuh kali basuh, dan salah satu daripadanya adalah tanah."
NAMUN. ADA PERBEZAAN ANTARA HARAM DAN NAJIS BANG.
Taik itu najis, bukan haram. Bila istinjak, tangan kita juga sentuh tahi tu. Tak haram utk pegang, tapi ia najis.
Macam itu lah anjing. Tak haram pun, tapi najis. nak bergambar, bergambar je lah. Apa masalahnya? Lepas dah pegang, basuhlah dan sertulah.
5- Nasihatlah dengan kasih sayang bukan menghukum. Pertama, belajarlah dengan baik dan fahami agama dengan betul. Jangan tergesa-gesa nak menghukum orang lain.
Kalau ya pun nak tegur. Tegurlah dengan baik, kata Allah, "Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik…” (An-Nahl 125)
6- Saya ini bukan lah Pencetus atau siapa-siapa. Tapi bila dalam bab agama ini, berbicaralah dengan hikmah dan dalil.
Allah hadirkan Islam ini dengan Hikmah dan Hujah. Sebab itu Allah sebut banyak kali tentang hikmah, lemah lembut dan peri pentingnya Ilmu (dalil).
7- Kalau ada kengkawan yang friends dengan Nabila Huda bolehlah tag dia. Dan saya teringin nak bagi buku saya pasal anjing itu pada dia.
Begitu juga dengan PU Syed . Kalau ada sesiapa yang kenal bolehlah tag dia juga.
Sekian.
Yussamir
bukan ustaz atau ustazah
seorang Muslim
#broyus
ps: jom ke www.venkoshop.com

No comments:

Post a Comment