Wednesday, 6 November 2019

lepat

Salam Kekasih Allah❤️🙏🏽
Pagi ini seorang Ayah sendiri di satu sudut dikali lima sebuah Restoran. Dia sendiri bersama segelas air suam dan dua keping roti bakar, jua bertemankan beberapa kerusi sepi.
Angin pagi menyapa hari dan keujudan diri. Seorang ibu bergegas bersama seorang anak Lelaki entah kemana hala pergi, Dia diam memerhati. Tiba-tiba Jiwanya dicuit memori, Terasa ada torehan halus yang mula merobek kasar didalam jantungnya, lantas matanya dipejamkan, bibirnya redha mengukir senyum.
"Salam Ahmad Azali, Papa sangat sungguh merindui segala yang pernah kita bersama lalui.."- Hatinya tiba-tiba bersuara membelah dingin pagi.
"Biar Papa ceritakan kepada mu, Nyatanya akan perkara dihati ini, Pagi ini langit biru mengingatkan Papa akan diri mu.., Nyawa Papa terasa melucur laju, deras dan pantas menembusi jarak dan waktu, Papa merasai seakan berjaya berada didalam pelukan mu'. Itulah yang telah berlaku sesaat yang lalu, Papa benar-benar merindui mu.."- Dia berbahasa hati dengan Anak kesayangan nya.
Kemudian matanya dibukakan, kembali menatap ke langit biru, "Allah tahu, Bertapanya Papa tidak menipu, bila Papa katakan bahawa segala apa yang engkau setuju sering membuat jiwa Papa tersenyum..". -sekali lagi Hatinya melaku luahan.
Matanya kembali dipejamkan, Surah 2, ayat 286, melintasi fikirannya, - "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
Sejurus itu, Kalbunya dipeluk lembut selembar rasa kepasrahan. Sambil tersenyum berkatalah dia didalam Hatinya
"Terima Kasih wahai Tuhan ke atas ini perasaan".
.
❤️
https://youtu.be/mmzPb0PGaDk
🌷🌷LEPAT🌷🌷
.

No comments:

Post a Comment