Wednesday, 6 November 2019

lepat

. .❤️
"Jikalau istilah MALAYSIA BOLEH untuk segenap Rakyat Malaysia, sepastinyalah istilah MELAYU MAMPU harus terpatri di akal jiwa-jiwa makluk Allah yang berdarah Melayu..."
"Tak akan Melayu hilang di Dunia".
Maka hari ini apa saja yang ada di Pelusuk Dunia, Pasti sahaja mampu berada di tangan anak Melayu, hanya masa sahaja yang bakal menentukan.
"Dulunya sewaktu aku Di bumi Germany? kerap kali aku perlihatkan gambar aku bersama buah Strawbery, atau sedang menikmati Kek Strawbery kepada Ahli Keluarga ku yang berada di bumi Malaysia. Mereka sering bertanya akan apakah rasanya dan bagaimanakah kelazatannya?, kerana ada bezanya, jika kita menikmati yang segar dengan yang telah berminggu di awet dengan bahan penahan dan disimpan sekian lama didalam peti sejuk sebelum masuk ke mulut kita.
Tetapi hari ini, akal ku tersentak, Gambar Abang Ipar ku telah terpampang di dada Akhbar Melayu. 'MasyaAllah.. makna kata pokok buah kegegemaran ku boleh di miliki oleh sesiapa saja di bumi Malaysia!
"Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."- Al Quran Surah 16, Al-Nahl. Ayat ke 11.
Maka bagi siapa yang berminat untuk membeli pokok strawbery, mereka boleh lah menghubungi Kakak ku yang senang dengan panggilan 'Kak Aja'. +60 16 458 8234 Noor Aza Ariffin 🙏🏽🌹❤️
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Abang ipar ku yang sedang gigih memecah minda bagi melawan arus tekad berkebunkan 'Buah Strawbery di Pendang Kedah'.
'Alhamdulillah dan Selamat maju jaya.'
. .❤️
. . https://youtu.be/Ckp7U52DNQQ
🌷🌷LEPAT🌷🌷
.

No comments:

Post a Comment