Wednesday, 16 October 2019

lepat

Salam ya Kekasih Allah ❤️🙏🏽
Seorang Insan yang mengenal Allah pasti tidak akan terganjak dengan ‘kehendak’ yang hadir didalam dirinya, Dia tidak akan berjaya di Korupsi dengan apa saja alasan yang teterbit dari akal fikir orang lain, Dia akan tetap dirinya, bertegas dengan kehendak yang tidak sedikit pun menganggu sesiapa pun, dia akan tetap saja dengan pendirian yang telah dipilihnya.
“I don't want to follow in anyone's footsteps. I want to follow my own path and do something unique. Celebrate the idea that you don't fit in. Find your own fit. Stay unique. Be yourself just as Hu you are. Di setuju atau tidak, Just be, mampueh pi!, asal saja Kamu setuju dengan keberadaan diri, asal saja kamu sedar bahawa you are always yourself solidly, maka senyumlah”
“kerana kamu telah berada didalam seasana yang tidak akan ada istilah ‘Menipu diri’.
Kamu sebenarnya TIDAK perlu sebarang bukti untuk merasai bahawa kamu adalah insan istimewa dan unik, janganlah menyusahkan diri sendiri didalam menyakini akan istimewanya diri kamu sendiri“.
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri” -Surah Ibrahim 14 di ayat ke 11,
Kita kenal diri kita, kita tahu siapakah sebenarnya yang benar benar menguasa akan Zahir Batin kita, dengan berhasrat untuk melihat Karomah atau Mukjizat untuk dijadikan sandaran kepada akal bahawa kita adalah benar telah mengenal, maka adalah juga seperti kita telah ‘mendustai nikmat yang sangat nyata lagi senantiasa ada disetiap masa dan dimana mana jua,
‘Dengan ketepatan pengenalan akan Sifat Maq ni, Maknauwiah, Salbiah dan Nafsiah’, bertanyalah pada Akal dan semesta, ‘Nikmat apakah yang sedang kamu dustakan?’.
Lantas bukti apakah yang hendak kamu pertekankan lagi?, sedangkan sehelai bulu roma pun adalah bukan hak milik kamu, sebegitulah jua dengan yang selainnya,
‘setitik Hujan jatuh ke laut, maka Lautanlah ia’, Jika kamu mengenal akan siapa sebenarnya hakikat diri sebenar diri kamu, maka apakah bezanya dengan yang selainnya.
Jika Sifat Basar, sifat Basirun dan Qau nuhu Basiran adalah bukan milik Kamu, maka sewajarlah harus ada pengertian Tauhid yang sama sebegitu tertera pada mereka segenap umat manusia..’
‘Lalu di kesedaran pada makam yang satu ini, Perlu apakah lagi bukti? dan kepada siapakah untuk di perlihatkan bukti itu?, disinilah istilahnya ‘Hanya Cinta sahaja yang mengenali cinta’, Hanya Allah sahaja yang mampu melihat segala-galanya.
Selain dari itu terhanyalah usaha yang akan membungakan rasa bangga dan ego yang tiada lain melainkan kerusakan pada jiwa dan seterusnya membiakkan virus kebencian pada hati sendiri, dan mula menyebarkannya ke dalam jiwa yang lain sehingga mengelapkan akal fikir yang mendengarnya.
Dan pada sudut ilmu Tasauf, kita telah pun lama di nasihati, prihal bahayanya akan hasutan yang teterbit dari Hati yang penuh hasat dengki.
Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”. "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;”. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk,Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan, Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya..,"- Surah 113, Al Falaq di ayat 1 hingga ke 5.
. .❤️
https://youtu.be/AiWMvjyprq0
🌷LEPAT🌷

No comments:

Post a Comment