Friday, 18 October 2019

. .❤️
Pagi, dia sendiri memerhati diri, memberi salam ke dalam hati serta ke seisi Bumi, Mata di pejamkan, merenung pada awal babak wajah tulisan harinya,
tiba-tiba Nuraninya perlahan melamar tafakurnya membisik-bisik dengan penuh cinta dan sejuta rasa kasih.
“Allah hu Rabbuna wal ilahu...
lahu minal asmai mastafahu...
al wahidul hayyui kazal maleeku..
wal malikul maliku la shareeku....”
Dia tiba tiba tersenyum perlahan matanya di bukakan melihat sekeliling, Dedaun bergoyangan, Bunga-bunga berkembangan, Suara Burung keriangan, Matahari tetap setia menemani kesiangan. Jiwanya di cium sejuta rasa kemesraan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan, walau Hidup terpinggir kesaorangan, walau di fitnah dengan sewenang-wenangan. Cukuplah Allah penyaksi segala kebenaran,
Dan buat mereka, "Masa dan Tuhan mereka sahajalah yang akan menunjukkan kebenaran buat Hati mereka sendiri, berlapang dada sajalah, yang ingin datang memeluk mu, peluk sajalah. memaling dari mu, senyum sajalah.."
Sesedar dan serela dengan setulus Kalbu. Sekali lagi Hati Nuraninya mencelah dan membisik, sesaat itu jua matanya dipejamkan.
“Hasbi Rabbi Jallallaah, Ma fi Qalbi Ghairullah, Nur Mohammed Sallallaahu Alayhi Wasallamu–Haqq!, Laa ilaaha illallaah . Allah Ta’ala. Hu Allah, Hu Allah”
“Jangan ada bimbang di hati dan akal mu, Jika Allah yang telah engkau yakinkan untuk pasrah serahkan, senyumlah senyumlah engkau wahai Kekasih ku, Marilah kita bersama terus berjalan, Terimalah keindahan Alam sebagai penawar mata hati dan akal fikiran,
Tinggalkanlah mereka yang gemar dengan kata-kata yang terhanya mengembirakan jiwa para Iblis dan Syaitan, Tinggalkanlah mereka-mereka yang berjiwa sedemikian.
Sekali lagi dia tersenyum, matanya masih dipejamkan,, Bicara Hati Nuraninya adalah sebagai satu nikmat sarapan pagi yang paling lazat yang mananya sedang dirasakan.
Maka bangunlah berdiri, Matanya masih di pejamkan, satu Nafas panjang di sedutkan, Dadanya yang kering membusung ke depan, kemudian dilepas helahkan,berserta satu kalimat di lepaskan perlahan.
“Salam mun Qaulam mirr Rabbir Rahiiim”
Dia mengatur langkah menembusi harinya, Angin pagi menjadi Sahabatnya, Bunga Bunga menyatakan kasih kepadanya, Hari ini Dia yang telah cukup di cela di ini, tidak akan membenarkan perasaannya bertautan dengan rasa terhina dan kesepian, Dia kenal siapa dirinya, dia KENALI bintang yang ada pada hatinya, Nur yang indah sentiada bersama, walau sekalipun Sukmanya telah luluh di tikam sejuta cerita lara, meski dia tetalh diangga tersesat dan gila, namun senyumnya tetap kepada sesiapa saja yang bertentang matanya.
“Allah Akhbar… Di sini tiada duka!, Wahai jiwa marilah kita senyum kepada mereka, Senyum saja selagi Bunga Bunga tetap sahaja indah- tetap sahaja mesra.., maka kita terima saja segala tulisan yang telah ditakdirkan di dalam in Dunia..”
. .❤️
. . https://youtu.be/pBo2XOdr65E
🌷LEPAT🌷
.

No comments:

Post a Comment