Tuesday, 15 October 2019

Salam ya Kekasih Allah ❤️🙏🏽
“Dan ingatlah kisah Zun Nun, Nabi Allah Yunus alai hissalam, ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.” - Surah al-Anbiya’ ayat 87.
Di sini dengan jelasnya dapat kita halusi adalah pelajaran pertama untuk Nabi Allah Yunus alai hissalam, yang ingkar dari menurut perintah meneruskan dakwah, tetapi dia melarikan diri meninggalkan kaumnya dengan didalam keadaan yang marah, seterusnya dia menumpang sebuah kapal dan belayar.
Dan atas kehendak Allah, disaat kapal itu hampir karam akibat lautan yang tiba-tiba bergelombang besar bergelora ganas, Anak kapal terpaksa memutuskan keputusan membuang banyak peralatan kapal dan juga sebahagian penumpang ke laut demi memudahkan keseimbangan kawalan Kapal dan demi untuk mengelakkan Kapal karam.
Di atas Kudrat Iradat Allah untuk memberi pengajaran, ketika sisi cabut undi untuk siapakah yang terpilih bakal di buang ke laut, Nabi Allah Yunus ada salah seorang yang gagal untuk tidak tersenarai sebagai orang yang terpilih. Maka Baginda pun terjun dari Kapal selantas itu jua di sedut masuk ke mulut Ikan Nun yang sangat besar.
Segera itu juga Ikan Nun yang besar itu menyelam ke gelap dalamnya perut lautan. Nabi Allah Yunus alai hissalam merasa sangat gementar takut, didalam kegelapan yang amat sangat, dia menangis dan mula bertasbis dan berzikir, bersungguh dia berzikir tanpa menghirau makan minum dan juga tidak bergerak. Baginda berterusan berpuasa. Dengan berselimutkan ketakutan, maka bertasbih terus bertasbih.
Melihat akan keinsafan dan kesungguhan Nabi Allah Yunus dengan taubatnya. Maka Allah arahkan Ikan Nun itu ke satu Pulau dan memuntahkan Nabi Allah Yunus alai hissalam.
“Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. Ingatlah ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” - Surah as-Saffat Di ayat ke 139-148.
Aku menghirup Teh O Kosong ku, merenung jauh cuba menggali erti,
Setelah beberapa minit, Tiba tiba akal ku disapa kesedaran yang paling dalam,
'Dia Yunus! adalah Rasul terpilih, Allah yang maha mengatur dan maha menetapkan dan juga maha membolak balik satu satu hati manusia.., dan mana mungkin bagi Allah Ta'ala melatah! atau di hinggapi suasana penyakit nyanyuk!
Lantas aku pun tersenyum sendirian.
“Ah! Ya Robul Izzati, Alangkah kasar dan indah serta bijaksananya akan rencana PERMAINAN MU.., Terima kasih kerana Sufi mencuit jiwa ku dengan sedikit ilmu yang membuat aku semakin bersetuju untuk terus pamirkan SENYUM ke atas segala rupa bentuk duga ujian mu.."
. .❤️
https://youtu.be/uTPn8zaz-jo
🌷LEPAT🌷

No comments:

Post a Comment