Ziefenz Zee
KENALI SI LIBERAL PROF DR. AMINA WADUD:
- PENGASAS SISTER IN ISLAM (SIS)
- IMAM SOLAT JUMAAT WANITA PERTAMA DI DUNIA
- PENGASAS SISTER IN ISLAM (SIS)
- IMAM SOLAT JUMAAT WANITA PERTAMA DI DUNIA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap mereka 5 tahun lalu.Oleh itu,SIS kekal sesat seperti mana yang difatwakan sebelum ini.Link keputusan mahkamah:
https://www.fakirilmu.com/…/sisters-in-islam-kekal-pertubu…/
https://www.fakirilmu.com/…/sisters-in-islam-kekal-pertubu…/
WANITA YG MENGETUAI SOLAT JUMAAT
Pada Mac 2005,di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita,Amina Wadud menjadi imam solat Jumaat dan turut menyampaikan khutbah.
Menurut Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh menjadi imam kepada kaum sejenisnya sahaja.Tidak boleh sama sekali mengimamkan solat Jumaat.
Tindakkan Amina menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mengundang reaksi yang berbeza dari beberapa ulama ulama.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya tetapi ilmuan lain saperti Gamal al Banna dari Mesir dan Ebrahim Moosa,seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.Tolol pekat!!.
BIOGRAFI RINGKAS AMINA WADUT
Siapa dia Imam wanita kontroversi lagi mengong ini?. Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud.Berstatus seorang ibu tunggal yg memiliki 5 orang anak dan 3 cucu,beliau lahir pada tahun 1952 di Maryland, Amerika.
Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist
berketurunan Afrika-Amerika,nama asalnya ialah Mary Teasley.Dia menganut agama Islam pada tahun 1972 dan menukar namanya kepada Amina Wadud.
berketurunan Afrika-Amerika,nama asalnya ialah Mary Teasley.Dia menganut agama Islam pada tahun 1972 dan menukar namanya kepada Amina Wadud.
PENDIDIKAN
Memperolehi PhD dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari Bahasa Arab lanjutan di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir juga di Universiti Cairo serta belajar Ilmu Falsafah di Universiti Al Azhar,Mesir.
Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara tahun 1989 -1992 dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).
Dan akhir sekali menjawat jawatan Profesor di Fakulti Pengajian Agama dan Falsafah Universiti Virginia Commonwealth hinggalah dia bersara pada tahun 2008.
IDEOLOGI MENYELEWENG AMINA
Amina Wadud turut terpalit dalam beberapa siri kontroversi termasuk secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan beberapa kandungan ayat Al Quran,terutamanya berkenaan dengan memotong tangan pencuri kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan “brutal” dan zalim.
Beliau juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.Menurutnya lagi,sesiapa sahaja boleh dan berhak menolak bahagian ayat Al Quran apabila tidak setuju dengannya.
PENUBUHAN SISTER IN ISLAM (SIS)
Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung-jawab dan memainkan peranan utama selaku pengasas kumpulan NGO “Woman Right” Sisters in Islam (SIS) pada 1988.
Pada 1993,pertubuhan ini secara rasmi didaftarkan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters In Islam.
SIS dianggotai beberapa ‘feminist’ seperti Zainah Anwar, Zaiton Kasim,Rohana Arifin,Marina Mahathir (anak PM Malaysia),anak Tun Hussein Onn dan beberapa nama lain daripada kalangan professional Melayu.
Kumpulan ini banyak dipengaruhi pemikiran golongan ‘feminist’ barat dan berorientasikan fahaman liberal dan sekular.Perjuangan ‘feminist’ menganggap hukum Allah dalam soal pengagihan harta warisan atau faraid sebagai tidak adil menyebabkan seseorang boleh menjadi kafir.
Selain itu,SIS juga turut lantang bersuara dengan mengatakan perlunya menafsir semula Al-Quran, hadis dan dalil-dalil utama hukum Islam berasaskan suasana dan keadaan semasa.
Sebenarnya,hala-tuju perjalanan SIS banyak berpandu kepada fahaman Amina Wadud sendiri.Beliau di ketahui pernah menulis beberapa buah buku termasuk sebuah buku yg penuh kontroversi bertajuk 'Quran and Woman–Rereading The Sacred Text From A Woman’s Perspective'.
Buku ini boleh di anggap sebagai kitab rujukan SIS dan telah di haramkan di Arab Saudi (tetapi tidak di Malaysia).
Lagi tentang SIS:
*KONTROVERSI SIS
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=555429861560665&id=100012809676792
*KONTROVERSI SIS
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=555429861560665&id=100012809676792





No comments:
Post a Comment