SEGUNUNG ILMU, SELONGGOK SAMPAH.
________________________________________
Fikiran orang awam dan juga golongan kebanyakan selalunya sering sahaja tercebur ke dalam samudera alam khayalan, manakala pemikiran kaum yang sedikit itu pula sering kali tercebur ke dalam samudera kearifan.

Akan tetapi, kedua-dua samudera itu tetap saja akan mengering dan kontang pada suatu masa kelak, dan seribu satu jalan yang mereka tandai pula akan terhapus jejak-jejaknya.

Fikiran dan pemikiran itu akan lenyap, dua tiangnya akan tumbang, dua pasaknya akan runtuh, dua alam maujudnya akan hancur, juga seluruh pembuktian serta pengetahuan akan hancur, lebur, dan juga musnah.

Dan sesungguhnya, yang kekal abadi tiada pernah rosak, yang kekal tiada pernah hilang, hanyalah zat Tuhan sekalian alam. Maka itu, janganlah kalian bertuhankan akal, atau bertuhankan nafsu, atau bertuhankan ilmu, apatah lagi bertuhankan hantu.

No comments:
Post a Comment