Friday, 21 September 2018

Mati sebelum mati.

Mati sebelum mati.
1, matikan sifat mata yang melihat, bahawasanya bukan mata yang melihat , yang melihat itu adalah basar tuhan
2, matikan sifat mulut atau lisan yang berkata kata, bahawasanya bukan lisan yang berkata kata yang berkata kata adalah kalam tuhan
3, matikan sifat hidung yang bernafas dengan menghirup udara keluar masuk , bahawasanya bukan hidung yang bernafas sebagai tanda hidup, sesungguhnya yang hidup itu hayat tuhan
4, matikan sifat telingga yang mendengar , bahawasanya bukan telingga yang mendengar, sebenar yang mendengar ialah sama' tuhan
5, matikan sifat diri yang berkehendak , bahawasanya yang berkehendak itulah iradat tuhan
6, matikan sifat gerak dan kuasa (membuat,boleh) bahawasanya gerak kuasa itulah kudrat tuhan.
7, matikan sifat otak atau isi kepala yang berfikir, bahawasanya fikir itu ilmu tuhan.
setelah mati mulut, hidung, telingga, berkehendak, gerak dan fikir telah yang mana ertinya telah dikembalikan kepada tuhan pemiliknya jika sudah mati , maknanya tentulah tidak ada lagi.
Biarkan tuhan sahaja yang ada dengan sifatnya setelah mati , nyata tidak tuhan?
Nampak tidak tuhan ?
lebih dekat tidak dengan urat leher?
biarlah yang sudah mati sahaja yang jawab semua ini.

No comments:

Post a Comment